Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2019 @ 12:46pm

‘Kalau Ada Yang Sudi,Apa Salahnya’- Mamak Teringin Jadi Duta Produk Pemutih?

Pelawak Mamak Puteh memberitahu dia sudi menjadi testimoni produk pemutih wajah sekiranya diberi peluang oleh mana-mana syarikat pengeluar produk kecantikan.

Kata pelawak yang memiliki kulit hitam manis ini, melihat rakan selebriti lain menerima tajaan produk kecantikan, dia juga sudi untuk membuat review bagi produk pemutih.

“ Kalau ditawarkan kepada saya, apa salahnya. Cuma setakat ini tiada lagi sebarang tawaran dari mana-mana produk kecantikan atau kesihatan.

“ Saya seronok tengok rakan selebriti lain mengulas tentang produk makanan tambahan lain untuk kesihatan dan kecantikan. Selalunya selebriti yang menerima tawaran itu sudah sedia maklum kurus dan putih. Apa salahnya berikan kepada selebriti yang berbadan besar atau berkulit gelap, barulah real testimoni itu,” katanya kepada XTRA.

Namun begitu, jika ditawarkan untuk menjadi duta, dia akan pastikan produk itu mendapat kelulusan daripada pihak bertauliah.

“ Saya tidak akan ambil sahaja tanpa usul periksa produk berkenaan. Takut memudaratkan kesihatan pula. Kalau benda yang sihat, saya sudi bantu untuk hasilkan review,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mamak kini sibuk untuk persiapan Bintang Bersama Bintang 2019 yang berbaki dua minggu sahaja lagi menuju final. Bagaimana agaknya persembahan Mamak pada minggu ini? Saksikan BBB 2019 pada Ahad ini bermula jam 9 malam hanya di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Ismail Izani Mudah Jatuh Hati Pada Gadis Lembut

Ismail Izani suka tengok gadis lemah lembut persis ibunya dan mudah jatuh hati pada gadis lembut

Hiburan Sat, 22 Jul 2023
Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
error: Content is protected !!