Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 23, 2026 @ 1:41pm

Puteri Balqis Dakwa Jadi Mangsa Buli Mia Sara, Rykarl Iskandar – “Saya Pernah Ditolak, Beg Buruk & Solekan Diketawakan…”

Pelakon, Puteri Balqis mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa buli oleh dua rakan artis, Mia Sara dan Rykarl Iskandar, ketika mereka terlibat dalam penggambaran bersama sewaktu masih kanak-kanak.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story (IGs), Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish, 18, mendakwa dirinya sering dihina dan dikutuk hanya kerana penampilannya yang dianggap tidak “gah” seperti rakan-rakan lain.

“Iya, saya dibuli di set penggambaran oleh yang menganggap mereka hanya budak-budak.

“Tak ada sesiapa percaya saya dibuli waktu itu. Saya ditolak ketika nak bergambar dengan peminat dengan ayat ‘kau tak femes, kitaorang femes’.

“Beg buruk saya diketawakan, solekan saya, baju yang ibu saya beli di bundle diketawakan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, aktres drama rantaian Keluarga Itu ini tidak menyangka perangai mereka masih belum berubah, sehingga ibunya menjadi mangsa dalam pertikaian itu.

“Bila dah besar, saya ingatkan semuanya sudah berubah. Rupanya sambung lagi, kali ini sampai malukan ibu saya pula.

“Terima kasih, sekurang-kurangnya ada yang masih ingat dan tahu saya tidak menipu,” katanya ketika menghargai ciapan seorang individu.

Aqish berkata demikian ketika membalas perkongsian seorang individu yang mendakwa pernah bekerja di bawah produksi sama dan mengesahkan Mia Sara serta Rykarl Iskandar pernah mengutuk pelakon itu.

Dalam pada itu, Aqish mengakui dia sebenarnya enggan mengimbas kembali pengalaman pahit yang dipercayai meninggalkan parut emosi dalam hidupnya, namun jauh di sudut hati berharap agar ada pihak memahami apa yang terpaksa dilaluinya selama ini.

“Kalau boleh saya memang tak mahu ingat lagi. Bertahun-tahun saya berharap ada yang tahu apa yang saya alami. Bila kami bersuara, kami dilabel suka cari gaduh, berlebihan. Jadi kami memilih untuk diam,” tambahnya.

Pada Khamis malam, industri hiburan digemparkan dengan hantaran milik pelakon, Puteri Balqis yang secara terbuka telah mendakwa selebriti, Mia Sara ‘berselindung’ disebalik topeng yang baik, sebaliknya dituduh pernah memfitnahnya.

Artikel Berkaitan: “Kami Diam Bertahun, Kau Ingat Aku Lupa?” – Puteri Balqis Akhirnya Bersuara, Dakwa Difitnah & Diperangkap Mia Sara

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

Featured Mon, 13 Jan 2025

‘Payung’ Lagu Garam & Madu, Nyanyian Nuha Bahrin Dipuji… Netizen Komen – “Semua Benda Dia Nyanyi Sedap Didengar”

Nyanyian Nuha kini semakin baik. Malah lagu mashupnya itu juga tak dinafikan sedap didengar.

Events Fri, 7 Dec 2018
Hiburan Wed, 8 May 2019

Akim Turun 11 KG Demi ‘Marabahaya Underground’

Akim yang akan membawakan watak Fison Hamdi!

Hiburan Tue, 13 Sep 2022

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Tak baik buat member macam tu.. Siapa eh pelakon tu? 🤔

Featured Fri, 7 Jul 2023

Isteri Caprice Bengang, Dedah Wajah Individu Gelar P*l*c*r Vietnam – ” Kau Ni Binatang Ke? Standby Suami Kita Tengah Cari Awak”

Teruk eh orang sekarang suka hati je panggil orang yang dengan panggilan yang tidek-tidek🙄

error: Content is protected !!