Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 1, 2026 @ 8:41pm

Ayu Damit Dedah Pernah Tertekan Dikritik Tak Cantik, Dr Hisham Dzakiria Bantu Jadi Penyelamat

Penyanyi Ayu Damit tampil berkongsi pengalaman peribadi yang sekian lama dipendam apabila berdepan tanggapan negatif dan kecaman terhadap penampilan diri sehingga memberi kesan besar kepada kesihatan mentalnya.

Pelantun lagu Hanya Di Mercu itu mengakui, sepanjang hampir 18 tahun berada dalam industri hiburan, dia sering dilabel berimej kampung, tidak cantik dan dianggap tidak sesuai bergelar penyanyi kerana wajahnya yang dikatakan terlalu desa. Lebih menyedihkan, ada pihak yang secara terbuka menyatakan dia tidak mempunyai masa depan dalam dunia hiburan kerana tidak memenuhi standard kecantikan tertentu.

“Saya pernah kecewa, sakit hati dan rasa tersinggung. Bila orang cakap wajah saya kampung, tak cantik dan tak sesuai jadi penyanyi, lama-lama kata-kata itu melekat dalam kepala.

“Dari situ saya mula berdepan kemurungan,” kata Ayu.

Menurut Ayu, kritikan tersebut bukan sekadar komen biasa kerana ia datang berulang kali sehingga membuatkan dia mula mempersoalkan nilai diri sendiri. Tekanan itu turut bertambah apabila dia cuba memperbaiki penampilan dengan berpakaian lebih kemas dan cantik setiap kali membuat persembahan, namun masih ada pihak yang memperlekehkan usahanya.

“Bila saya cuba nampak lebih cantik, ada yang kata saya berlebihan. Bila saya jaga penampilan, tetap ada yang tak puas hati. Apa sahaja yang saya buat, semuanya dianggap salah,” katanya.

Lebih menyakitkan hati, Ayu turut berdepan tuduhan melampau apabila mahu kelihatan menarik di atas pentas. Ada yang melabelnya seksi dan mengaitkan penampilannya dengan cara didikan suami.

“Ada yang sanggup cakap suami saya tak pandai ‘mendidik’ isteri. Cara saya bertudung pun dihina, kata ketat macam pakai pembalut nangka. Kata-kata itu bukan sahaja menghina saya, tapi seolah-olah turut menghina keluarga. Saya sangat sensitif kalau keluarga disentuh.

“Saya manusia biasa, ada perasaan. Di luar mungkin nampak kuat, tapi Allah saja tahu betapa peritnya saya simpan semua ini.

“Saya belajar berdamai dengan diri sendiri. Saya sedar nilai seorang wanita bukan pada cantik di mata manusia, tapi pada kekuatan hati dan keikhlasan,” katanya.

Selepas melalui fasa sukar dan berdepan kemurungan akibat tekanan serta kecaman, Ayu mendapatkan bimbingan daripada figura yang dikenali sebagai Dr Healing, iaitu Dr Hisham Dzakiria. Pertemuan itu menjadi titik perubahan buat Ayu untuk kembali menenangkan diri, mengurus emosi dan melihat semula perjalanan hidup dengan lebih jelas.

Dalam memberi panduan kepada individu yang berdepan tekanan emosi, Dr Hisham menegaskan ujian hidup tidak memilih status atau gelaran. Katanya, cara seseorang mengawal reaksi dan emosi jauh lebih penting dalam menentukan kekuatan diri ketika melalui fasa sukar.

“Dalam situasi Ayu, kita perlu faham nama atau status bukan punca ujian datang. Setiap orang pasti akan melalui fasa jatuh dan bangkit.

“Saya selalu ingatkan Ayu, yang penting kita belajar mengawal reaksi dan emosi.

“Jangan beri ruang pada suara negatif. Bila terlalu dilayan, kita akan hilang fokus, hilang arah dan akhirnya hilang diri sendiri.

“Apa yang berlaku bukan kebetulan. Ini takdir dan kita perlu percaya setiap ketentuan Allah itu yang terbaik walaupun kita belum nampak hikmahnya,” katanya.

Ayu dan Dr Hisham berkongsi perkara itu pada acara Grand Opening Healing Centre Dr Hisham Dzakiria di Shah Alam, Selangor.

Dalam dunia yang bergerak pantas hari ini, tekanan emosi bukan lagi isu terpencil, sebaliknya menjadi realiti harian bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Peningkatan kes kemurungan, kebimbangan melampau, konflik hubungan, keletihan emosi serta masalah tingkah laku turut mencerminkan hakikat bahawa kesihatan emosi dan minda memerlukan perhatian sama serius seperti kesihatan fizikal.

Atas keperluan itu, Healing Centre Dr Hisham Dzakiria, sebuah pusat terapi emosi ditubuhkan sebagai pusat intervensi yang praktikal, berstruktur dan berorientasikan penyelesaian untuk membantu individu mencapai kestabilan emosi serta transformasi minda secara berkesan.

“Kami tubuhkan Healing Centre dengan misi menjadikan perkhidmatan kesihatan mental lebih mudah diakses kerana ramai yang bergelut dalam diam dengan kemurungan, stres, fobia dan masalah hubungan.

“Kami mahu membantu mereka mencari jalan kembali kepada kesejahteraan.

“Kami percaya kesihatan mental adalah hak setiap individu. Pasukan kaunselor kami komited menyediakan ruang yang selamat tanpa penghakiman, supaya setiap orang boleh berkongsi beban dan memulakan pemulihan dengan sokongan profesional.

“Masih ramai segan atau malu mendapatkan rawatan kerana stigma masyarakat. Sebenarnya meminta bantuan bukan tanda lemah, sebaliknya langkah berani untuk kehidupan yang lebih baik. Insya-Allah kewujudan Healing Centre ini dapat membantu menghapuskan stigma itu,” katanya.

Healing Centre Dr Hisham Dzakiria merupakan subsidiari di bawah syarikat Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd yang mengendalikan seminar pengurusan kesihatan mental dan pembangunan diri.

Orang ramai boleh menghubungi 010-3243243 untuk membuat janji temu atau hadir ke No 12, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Seksyen U13, 40170 Shah Alam. Pusat ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Thu, 15 Dec 2022
Featured Mon, 14 Apr 2025

Riena Diana ‘Usik’ Keith Foo, Minta Anak Comel – “Cepatlah, Tak Nak Walid!”

Pelakon Riena Diana menarik perhatian ramai apabila memuat naik sepotong video pendek di Instagram miliknya baru-baru ini.

Hiburan Sun, 4 Jan 2026

Kerjaya Pelawak Kian Suram, Fad Bocey Akui Kecil Hati.. Tetap Usaha Cari Peluang Baharu

Fad Bocey reda menerima realiti perjalanan seni pelawak ketika ini dilihat semakin suram berbanding dahulu.

Trending Fri, 19 Jul 2019

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara

Didakwa Makan ”Lobster” Dengan Wang Negara, Menteri Perancis Letak Jawatan

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Lawa Gila!” – Netizen Puji Rupa Paras Qadejah Anak Aliff Syukri

Anak perempuan kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra yang semakin menginjak dewasa berjaya mencuri perhatian ramai dengan kecantikan semula jadi. Terbaharu, tular sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Qadejah di laman TikTok memaparkan […]

Trending Tue, 30 Mar 2021

Kumpulan Antarabangsa COLDPLAY Jadikan Malaysia Lokasi Pertama, Taja Interceptor 005

Bagusnya, walaupun nampak kecil tapi besar maknanya ☺

Featured Fri, 28 Apr 2023

Siri Anime Popular Saluran Animax & GEM Kini Di Tonton!

Bestnya dah boleh layan anime dekat Tonton!

error: Content is protected !!