Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 1, 2026 @ 9:05pm

Bertemu Penerbit & Jadi Tetamu Program Popular, Meerqeen Intai Peluang Kembang Kerjaya Di Indonesia

Pelakon kacak Meerqeen membuka tahun baharu 2026 di Jakarta dengan langkah yang lebih besar apabila bukan sekadar mengadakan sesi meet and greet bersama peminat, malah turut mengintai peluang untuk mengembangkan kerjaya di Indonesia.

Dalam kunjungan itu, Meerqeen sempat bertemu beberapa orang penerbit dan wakil rumah produksi bagi membincangkan potensi kerjasama serta projek yang sesuai untuk pasaran Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen Buka 2026 Dengan Meet & Greet Bersama Peminat di Jakarta – “Terima Kasih Luang Masa, Sanggup Travel Demi…”

Menurut hero Melur Untuk Firdaus itu, lawatan kali ini menjadi ruang penting untuk mengenali industri di sana dengan lebih dekat, selain membina rangkaian yang mampu membuka pintu kepada perkembangan kerjaya pada tahun ini.

“Sebelum ini, saya memang pernah menjayakan beberapa projek di sana, namun tahun 2026 saya mahu lebih aktif lagi di Indonesia.

“Saya datang bukan hanya untuk jumpa peminat, tapi pada masa sama saya memang nak mengintai peluang yang ada di sini.

“Alhamdulillah, saya sempat jumpa beberapa penerbit dan wakil rumah produksi. Insya-Allah kalau rezeki ada, saya nak jayakan lebih banyak projek di Indonesia,” katanya.

Meerqeen turut mengakui dia terharu dengan sambutan dan keramahan masyarakat di sana, sekali gus membuatkan dia lebih yakin untuk menyimpan hasrat besar menjayakan projek di negara seberang itu.

“Orang di sini ramah dan sangat terbuka. Saya rasa kehadiran saya sangat dialu-alukan. Itu buat saya lagi bersemangat untuk usaha lebih dan bawa diri saya ke tahap seterusnya,” ujarnya.

Selain pertemuan industri, Meerqeen juga tampil memeriahkan beberapa program popular tempatan apabila dijemput ke tiga rancangan iaitu Lapor Pak, Brownis dan Pagi Pagi Ambyar.

Katanya, peluang muncul dalam program-program berkenaan memberikan pengalaman baharu serta pendedahan yang sangat bermakna, terutamanya dalam memahami cita rasa penonton Indonesia.

“Saya seronok dapat masuk set dan rasa sendiri vibe program-program di sini. Banyak benda saya belajar, cara mereka bekerja, cara mereka hiburkan penonton. Itu semua jadi pengalaman yang saya hargai,” katanya lagi.

Sebelum ini, Meerqeen mengadakan meet and greet di Jakarta bersama kira-kira 100 peminat Indonesia, termasuk dari Malaysia dan Singapura, sekali gus menjadikan kunjungan itu sebagai pembuka tahun yang istimewa buatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Mila Bagi Amaran, Minta Maaf Atau…

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pakej perkahwinan yang dikendalikan syarikat penyanyi Mila Jirin, Bizmilla.  Tindakannya yang menulis di ruangan komen di laman sosial sebuah portal dengan menggunakan nama akaun @suesharudin membuatkan […]

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Mon, 3 Nov 2025

Elvina Mohamad Akui Cabaran Bawa Dua Watak Dalam – “Beri Kesan Pada Mental dan Emosi”

Menurut Elvina, proses menjayakan kedua-dua watak itu bukan sahaja menuntut fokus tinggi, tetapi turut memberi kesan terhadap emosi dan fizikalnya sepanjang penggambaran.

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Sat, 15 Mar 2025

“Jujur Tak Ada Masalah Untuk Kami Beraya Sekali” – Puteri Sarah Tak Bergaduh Dengan Syamsul Yusof

Sarah mengaku hubungan dengan Syamsul masih baik dan tidak bergaduh.

Trending Tue, 19 Dec 2017

PEOPLE ARE UPSET WITH THIS PICTURE OF BOOKS BEING STEPPED ON

In Asian cultures, we respect books and putting them under our feet is considered insulting.

Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
error: Content is protected !!