Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2025 @ 10:34am

Elvina Mohamad Akui Cabaran Bawa Dua Watak Dalam – “Beri Kesan Pada Mental dan Emosi”

Pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui wataknya dalam drama bersiri terbaharu Safira (Bukan Nama Sebenar) antara yang paling mencabar sepanjang kariernya apabila perlu membawakan dua karakter berbeza, Safira dan Nilam yang masing-masing memiliki personaliti bertentangan.

Menurut Elvina, proses menjayakan kedua-dua watak itu bukan sahaja menuntut fokus tinggi, tetapi turut memberi kesan terhadap emosi dan fizikalnya sepanjang penggambaran.

“Setiap hari saya perlu menukar tenaga dan emosi kerana Nilam dan Safira tidak sama langsung dari segi gaya, perwatakan, mahupun cara mereka melihat dunia. Nilam seorang yang ceria dan ringkas, manakala Safira lebih kompleks dan penuh konflik dalaman.

“Selain itu, kami hanya menerima separuh skrip sebelum penggambaran bermula. Bahagian seterusnya diberi selepas penggambaran sudah berjalan, jadi banyak babak yang perlu saya sesuaikan secara spontan. Ia memang mencabar, tapi saya berusaha untuk teruskan dan banyak belajar daripada pengarah,” katanya.

Tambah Elvina, gabungan dua genre berbeza dalam Safira (Bukan Nama Sebenar) turut menambah kesukaran kerana jalan ceritanya menggabungkan unsur komedi dan drama sedih yang memerlukan kepekaan emosi berlapis.

“Secara jujur, ada hari saya rasa penat sangat sebab perubahan emosi itu besar. Dari babak lucu, terus masuk babak berat yang penuh tekanan emosi. Tapi saya anggap ini satu proses pembelajaran dan peluang untuk saya berkembang sebagai pelakon,” ujarnya.

Selain Evina, drama bersiri itu turut menampilkan pelakon hebat seperti Redza Rosli, Datuk Aaron Aziz, Sazzy Falak, Emelda Rosmila serta ramai lagi, di bawah arahan Ejump Mohd.

Menurut Pengarah Urusan iQIYI Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dinesh Ratnam, Safira menjadi bukti komitmen platform itu dalam memperkukuh karya tempatan dan mengetengahkan bakat kreatif Malaysia ke peringkat global.

Penerbit Teo Jason pula berkata kekuatan Safira terletak pada mesej ketabahan dan keberanian seorang wanita yang berjuang menentukan hala hidupnya sendiri, manakala Ejump Mohd memuji kesungguhan Elvina serta barisan pelakon lain yang berjaya membawa warna berbeza dalam setiap watak.

Safira (Bukan Nama Sebenar) akan mula ditayangkan di iQIYI pada 7 November 2025, dua episod setiap minggu, setiap Jumaat dan Sabtu jam 8 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Feb 2026

Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia

Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia, Al-Fatihah.

Hiburan Sun, 17 Jun 2018

Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Bagi saya real man akan face the problem

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

NEWS OF LEE JOON COMMITTING SUICIDE IS FAKE!

Lee Joon did NOT commit suicide! His agency has released a statement regarding this horrid accusation.

Featured Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Fri, 18 Jul 2025

Mr General Buat ‘Comeback’, Duet Bersama Yonnyboii Dalam ‘Tanya Tuhan’, Netizen Komen: “Kolaborasi Tak Masuk Akal!”

Malique berkongsi projek terbaharunya bersama penyanyi rap, Yonnyboii menerusi lagu ‘Tanya Tuhan’.

error: Content is protected !!