Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 4, 2026 @ 10:21am

Netizen Buli Fazura! Dakwa ‘Anak Berdukung Tak Habis-Habis’, Empunya Badan Bersuara – “Zalim Kan? Lepastu Buat-Buat Tak Pernah Cakap”

Selebriti popular, Nur Fazura tampil bersuara selepas anak perempuannya, Nur Fatima Aisyah sering dijadikan sasaran buli siber segelintir pihak di media sosial.

Ia susulan seorang individu berkongsi hantarannya mengenai tindakan tidak bertanggung jawab sesetengah pihak yang sanggup meninggalkan komen kasar terhadap kanak-kanak.

“Tadi saja lah croll video Fatima dan Fazura dekat TikTok, banyak ye pembuli. Budak kecil pun kau orang nak buli. Yang kelakarnya, ada orang komen ‘Anaknay berdukung tak habis-habis’… itu pun jadi isu.

“Kau orang tak ada anak ke, tak pernah dukung anak ke?,” soalnya.

Sedar dengan hantaran tersebut, Fazura tampil membalas kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai zalim.

“Zalim kan? Lepastu buat-buat tak pernah cakap, tak pernah sebut. Lupa kot Allah SWT sentiasa nampak apa dia buat,” balasnya.

Terdahulu, Fazura menerusi kenyatannya kepada media berkata, hatinya terusik apabila melihat anaknya itu menerima kritikan dan sebagai ibu, dia bertanggungjawab untuk melindungi permata hatinya.

“Saya sebagai ibu memang rasa pedih dan marah. Sebab itu saya pertahankan anak. Kalau saya diam, siapa lagi nak lindungi dia.

“Bila dia dah besar nanti, sekurang-kurangnya dia tahu ada orang yang berdiri untuk dia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Je Orang Tak Kutuk Pasal Saya Ni” – Fazura

ARTIKEL BERKAITAN:“Rezeki Orang Jangan Dipertikai, Nanti Makan Diri” – Nur Fazura

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Jun 2025
Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Fri, 6 Dec 2019
Hiburan Wed, 5 Feb 2025
Trending Mon, 18 Dec 2017

无端端拥有RM5797,该怎么花?这存钱法真的有效!

如果你发现在2018年12月31日,你拥有了RM5797,你会怎么用呢?爱旅行的年轻设计师Jas为了让自己更有趣的存钱,就实行了『信封存钱』计划!

error: Content is protected !!