Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 4, 2026 @ 3:15pm

“Semua Gentar Kalau Aib Sendiri Terbongkar, Kita Nampak Baik Kerana Allah Masih Lindungi” – Erysha Emyra

Pelakon cantik Erysha Emyra bimbang susulan isu tular berkaitan pendedahan aib yang kebanyakannya berpunca daripada orang sekeliling, sekali gus membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menjalani kehidupan harian.

Menurut pelakon drama bersiri Aku Bukan Ustazah ini, ramai kelihatan baik pada pandangan umum kerana Allah masih menutup kekurangan dan sisi gelap masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra Sanggup Labur Ribuan Ringgit Demi Watak – “Saya Nak Setiap Karakter Ada Identiti Sendiri”

“Pada dasarnya semua orang akan rasa gentar kalau aib sendiri terbongkar. Kita nampak baik sebab Allah masih lindungi aib kita,” katanya.

Tambah anak kepeada dramatis Datin Noniswara ini, andai suatu hari Allah membuka aib seseorang, tidak semua mampu bersedia menerima keadaan tersebut kerana setiap individu pasti memiliki dosa dan kisah silam.

“Kalau satu hari Allah buka semua itu, kita pun tak tahu sama ada kita kuat atau tidak. Realitinya, setiap orang ada dosa dan masa lalu masing-masing,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Erysha Emyra Risau Kes Buli & Jenayah Sekolah Semakin Parah – “Didikan Di Rumah Sangat Penting”

Dalam masa sama, Erysha memaklumkan dia tidak memilih dalam berkawan termasuk dalam kalangan rakan selebriti, namun sahabat yang paling rapat kebanyakannya merupakan kenalan sejak di bangku sekolah.

“Saya terbuka berkawan dengan sesiapa, cuma kawan rapat saya ramai yang saya kenal sejak zaman sekolah,” katanya.

Mengulas tentang usaha menjaga aib sendiri, Erysha menekankan kepentingan untuk sentiasa mengingatkan diri bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan memerlukan pedoman untuk menjadi insan lebih baik.

“Kena selalu ingat dunia ini sementara. Apa yang kita buat sepatutnya untuk diri sendiri, bukan sebab takut orang lain tahu,” ujarnya.

Katanya lagi, seseorang tidak wajar meninggalkan sesuatu semata-mata kerana bimbang dinilai negatif, sebaliknya perlu dilakukan atas kesedaran dan keinsafan diri.

“Jangan berhenti buat sesuatu hanya kerana tak mahu orang pandang serong. Buatlah kerana sedar dan mahu jadi lebih baik,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesi Live Dapat 1.2 Juta Likes Cetus Spekulasi, Jenama Terkenal Nafi Tunggang Kontroversi Puteri Balqis

Erysha ditemui di majlis pelancaran koleksi The Raya Table by Dr Cardin di Seri Kembangan, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Dr Cardin turut memperkenalkan duta kempen raya 2026 iaitu Erysha Emyra dan Hun Haqeem selain melancarkan koleksi Aidilfitri terbaharu merangkumi beg tangan, kasut tumit tinggi serta sandal.

Jenama itu turut melancarkan koleksi Aidilfitri terkini merangkumi beg tangan, kasut tumit tinggi dan sandal. Sekitar 80 peratus produk memfokuskan wanita memandangkan golongan itu lebih cenderung membuat persiapan raya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 May 2025

Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran

Kritikan yang diterima dianggap sebagai ada betulnya.

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

#SetulusIkhlas : Diana Danielle Ajar Anak-Anak ‘Hormat’ Alam

Sebuah contoh yang wajar diikuti, jangan buang sampah merata-rata okay!

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Konsert Mon, 5 Feb 2024

Sajikan Dengan Pelbagai Kejutan, Konsert Lovechestra Mahalini Live in KL Buat Penonton Terpukau!

Memang best betul konsert Mahalini pada Sabtu lepas! Min masih tak boleh move on lagi!

Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Hiburan Sat, 24 Jan 2026

Puteri Balqis Bongkar Mesej Kawan Rapat Mia Sara, Cerita Sisi Gelap Didakwa Libat Pergaulan Bebas & Pengkhianatan

Puteri Balqis menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk membuka aib

error: Content is protected !!