Euforia Bola 2026
Acara By: Padin February 9, 2026 @ 5:12pm

Dari Pentas AJL ke PICC, Rayme Zainal Bawa Aina, Ernie, Khai, Amir & Nabila Meriahkan Putrajaya!

Penyanyi dan usahawan Rayme Zainal bakal membawa barisan artis ternama, antaranya finalis Anugerah Juara Lagu iaitu Aina Abdul, Ernie Zakri, , Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali ke Putrajaya.

Bakal mengadakan festival Ramadan dan Aidilfitri terbesar di Putrajaya, Gema Raya Putrajaya 2026 @ PICC bertempat di puncak bukit Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, acara ini bakal berlangsung selama 33 hari bermula 15 Februari sehingga malam raya dan disenaraikan sebagai antara festival Ramadan Raya paling dinanti tahun ini.

Turut sama memeriahkan pentas ialah Bella Astillah, juara sulung Raise The Star Malaysia, Didie Shazry serta kumpulan Alpha yang lahir daripada program Big Stage Alpha.

Rayme yang merupakan Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn. Bhd. Berkata, kehadiran artis bertaraf popular diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung sepanjang festival berlangsung.

“Kami mahu pastikan pengunjung dapat pengalaman terbaik. Kehadiran artis terkenal bukan saja memeriahkan suasana, malah membantu peniaga menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di PICC,” katanya.

Menurut pelantun lagu Tiada Lagi Esok itu, pembabitan penyanyi gred A yang pernah memenangi pelbagai anugerah turut menjadi penanda aras kepada reputasi dan kesinambungan penganjuran festival itu pada masa depan.

Rayme turut menjelaskan keistimewaan Gema Raya Putrajaya bukan sekadar hiburan pentas semata-mata, sebaliknya menampilkan konsep iftar dan moreh di puncak bukit yang memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung.

“Orang ramai bukan datang untuk beli-belah saja. Mereka boleh berbuka puasa, menikmati moreh dan bersantai sambil melihat panorama Putrajaya dari atas bukit.

“Kami mahu suasana yang lebih tenang supaya pengunjung dapat rehatkan minda dan luangkan masa berkualiti dengan keluarga serta rakan,” ujarnya.

Tambahnya, pemilihan PICC dibuat kerana lokasi ikonik itu mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa, ruang berhawa dingin yang luas serta kawasan terbuka yang sesuai untuk aktiviti santai dan berbuka puasa.

Dalam masa sama, festival ini turut menjadi platform kepada artis untuk berinteraksi lebih dekat dengan peminat dalam suasana Ramadan dan Syawal yang lebih eksklusif.

Gema Raya Putrajaya 2026 dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Festival ini menggabungkan elemen keusahawanan, seni budaya, program kerohanian dan aktiviti kebajikan komuniti dengan hampir 300 vendor terlibat serta sasaran kehadiran sehingga 800,000 pengunjung.

Rayme memaklumkan sambutan peniaga juga amat menggalakkan apabila lebih 150 lot niaga telah habis ditempah sejak Disember lalu, manakala baki lot dijangka terjual dalam masa terdekat.

“Kami lihat minat peniaga sangat positif. Ini sekali gus menepis tanggapan bahawa bazar tahun ini kurang meriah. Malah sambutan jauh lebih baik daripada jangkaan,” katanya.

Pada masa sama, syarikatnya kini giat menjalin kerjasama dengan kementerian, agensi kerajaan, syarikat swasta dan yayasan sebagai rakan strategik serta penaja.

Katanya lagi, jenama Raydiates yang ditubuhkan pada 2023 semakin mendapat kepercayaan selepas diberi peluang menguruskan beberapa acara berskala besar melibatkan sektor awam dan swasta.

Sebelum ini, Raydiates turut mengendalikan Bazar Aidilfitri Anjung Syawal sempena Festival Ramadan Putrajaya 2025 yang berjaya menarik lebih sejuta pengunjung sepanjang tempoh penganjuran. Malah ada peniaga merekodkan jualan mencecah RM100,000, menjadikan bazar itu antara destinasi utama persiapan raya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung jadual persembahan, penyertaan vendor dan aktiviti sepanjang festival boleh melayari laman web rasmi Gema Raya Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 5 Sep 2019

5 Kerja Rumah Ini, Boleh Beri Kesan Negatif Pada Kehamilan

Nak buat kerja rumah yang ringan-ringan boleh tapi kalau ada yang membantu lebih baik

LIFESTYLE Fri, 17 Jan 2020

5 Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Tak Perlu Runsing Melancong Bersama Anak Kecil, 9 Tips Mudah Ini Selesaikan Masalah Anda

Events Wed, 22 Aug 2018

Selepas 40 Tahun, Aktiviti Qurban Temukan Bekas Pelajar Kg Pandan

Seronok dapat berkumpul dengan bekas rakan sekolah. Menerusi program ini juga, kami dapat mengaturkan beberapa pertemuan. Beberapa sesi mesyuarat turut diadakan bagi memastikan program Qurban kali ini berjalan lancar.

Acara Wed, 13 May 2020
Fab Foodies! Mon, 5 Feb 2018

SEDAP TAK TERTAHAN DENGAN KFC GOLDEN EGG CRUNCH

Gong Xi Fa Cai! Bersempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tak lama lagi, restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) membawakan menu terbaru bermula 25 Januari 2018. Berbeza dengan hidangan sebelum ini, ‘KFC Golden […]

Fab Foodies! Tue, 18 Dec 2018

Check Out What Went Down in Malaysia’s First Ever Wagyu Steak Eating Challenge

The competition was on fire but two winners emerged regardless.

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

LIFESTYLE Fri, 5 Oct 2018

「恐怖之夜」全马最大型的万圣节庆典!

由马来西亚双威主题乐园举办的「恐怖之夜」又回来啦!迈入第六个年头的全马最大型万圣节庆典,恐怖将升级,势必让人感受到一种前所未有的恐惧。

Fab Foodies! Mon, 28 May 2018

Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda Harris

Masukkan nasi dan gaul rata. Pecahkan telur dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan lada. Taburkan ikan bilis garing sebelum dihidang.

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Tak nak pening kepala lagi hilangkan bau durian dalam kereta apa kata cuba tips ini

error: Content is protected !!