Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 11, 2026 @ 4:14pm

Misha Omar Mahu Anak Lalui Proses Temuduga Pramugara Secara Adil, Enggan Guna ‘Kabel’ Suami

Penyanyi terkenal, Misha Omar, mengambil pendirian tegas untuk tidak menggunakan ‘kabel’ demi memudahkan laluan kerjaya anak sulungnya, Muhammad Adam Emir, 20, yang kini sedang melalui proses temuduga bergelar pramugara.

Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 44, dia dan suami yang juga juruterbang, Firos Ezzwan, sepakat mahu Adam melalui proses sama seperti calon lain tanpa sebarang keistimewaan.

“Ketika saya bawa Adam ke sesi temu duga beberapa hari lalu, ada calon yang bertanya kenapa kami tidak gunakan ‘kabel’ sedangkan suami saya juruterbang.

“Kami memang tidak mahu. Bapanya sendiri mahu Adam rasa bagaimana peritnya hadir temu duga. Biar dia beratur bersama ratusan calon lain dan lalui pengalaman itu sendiri,” katanya.

Misha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran video muzik single terbaharunya, I Don’t Love You Anymore (IDLYA), pada Selasa.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Break itu meluahkan rasa bangga apabila Adam tidak patah semangat meskipun gagal pada sesi temu duga pertama disebabkan faktor berat badan.

“Adam tidak kecewa. Sekarang dia dalam fasa mencabar diri untuk capai berat badan ideal.

“Dalam tempoh tiga hari sahaja menjaga pemakanan, dia sudah berjaya turunkan hampir tiga kilogram, daripada 80 kilogram kepada 77.2 kilogram,” ujarnya.

Dalam masa sama, Misha mengakui pada awalnya dia tidak menyangka anaknya berminat untuk mencuba nasib sebagai pramugara.

Namun sebagai ibu, dia sentiasa menyokong apa sahaja pilihan yang dibuat.

“Sebagai ibu, saya akan sentiasa sokong apa sahaja pilihannya. Cuma kalau boleh, saya mahu dia pilih sesuatu yang mampu bertahan lama.

“Tapi saya seronok melihat kesungguhan dia. Insya-Allah, dia akan cuba lagi untuk sesi temu duga seterusnya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Oct 2025

Tonjol Sisi Serius Dalam Lakonan, Irudhi Strike Jadi Filem Terakhir Sathiya Sebelum ‘Kehilangan’ Kaki

Sathiya menyifatkan filem Irudhi Strike sangat istimewa kerana penonton masih dapat melihat dirinya beraksi seperti dahulu.

Trending Sun, 10 Feb 2019

Jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd Selamat Di Temui

Penantian Berakhir, Mayat Pemancing Cuba Selamatkan Penumpang Ditemukan Terapung

Hiburan Mon, 14 May 2018

众人为「大众妈咪」黎明姨庆最后的母亲节

拿督黎明设灵第2天适逢母亲节,黎明姨子女特地与公众一起为这位大马人三代集体回忆的“大众妈咪”庆祝她人生最后一个母亲节,场面温馨又伤感。其子女齐称黎明姨是一位“超级妈妈”,长媳更指黎明姨是世上无可取代的家婆!

Featured Wed, 18 Jan 2023
Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Trending Fri, 17 May 2019

Anak Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

Pasangan ini merancang untuk berkahwin Disember nanti.

Trending Wed, 23 Oct 2019

Lagu Terbaru Selena Gomez Sindir Justin Bieber?

Selena Gomez akhirnya ‘move on’?

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…

error: Content is protected !!