Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 16, 2026 @ 9:17am

“Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

“Sejujurnya saya penat, ‘fed up’ dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang.. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis”, demikian luahan hati pelakon versatile, Nabila Huda menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Menurut Nabila, perasaan sedih dan rindu terhadap insan yang tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dijelaskan, apatah lagi untuk dipadam begitu sahaja.

Katanya, situasi yang dihadapinya itu bukanlah melibatkan soal ego untuk berdamai seperti yang sering didakwa segelintir pihak melainkan, sudah ‘penat’ untuk berjuang sendirian.

“Sejujurnya saya penat, ‘fed up’ dengan rasa yang mungkin takkan pernah hilang.. Rasa sedih yang macam tiada penghujung. Rasa rindu yang tak pernah habis. Sangat susah untuk dijelaskan.

“Saya faham segelintir di luar sana cakap suruh buang ego, berdamai. Tapi ini bukan soal ego, bukan soal berdamai. Ini soal kedamaian itu datang. Tapi sementara.

“Bila seorang sahaja yang pegang, walau sekuat mana pun cuba kukuhkan, akhirnya tetap runtuh. Dan kebahagiaan itu jadi sementara lagi. Bertahun-tahun, pusing balik ke tempat yang sama,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Dalam pada itu, Nabila mengakui cuba untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan melangkah ke hadapan. Namun, rasa yang dipendamnya itu tetap menjadi beban emosi untuknya sehingga dia lebih selesa untuk ‘bersendirian’.

“Saya cuba hidup seperti biasa. Saya berusaha sedaya upaya melupakan perkara itu dan melangkah ke depan. Hanya hidup dengan diri sendiri, tapi rasa itu tetap ada. Untuk menanggungnya sangat berat.

“Sampai saya jadi benci nak keluar rumah. Tak nak berjumpa muka-muka yang pernah saya sayang sepenuh hati. Tapi akhirnya jadi pengkhianat dan luka yang paling dalam.

“Sebab itu saya hanya gembira jika di set penggambaran dan di rumah sahaja, sibukkan diri. Rasa gusar dalam diri akan hilang walaupun sementara.

“Rasa gembira, rindu, hancur, marah, sedih semua dalam satu masa. Itu semua sangat menyedihkan atau mungkin saya tidak patut berada di situ pada awalnya,” jelasnya.

Terdahulu, Nabila antara barisan artis yang hadir memeriahkan Konsert Malam Tertinggi Rockqueen Ella yang diadakan di Stadiun Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Aduhai, sanggup pula tu Kak Long 7E jadi macam tu 🥲 Netizen simpati tengok Kak Long, mungkin terpaksa terima sebab terdesak 😣

Events Wed, 11 Jul 2018

Malaysian Wannables Can Purchase Exclusive Merchandises at CJ WOW Shop

This sale is going on in lieu of Wanna One’s World Tour.

Trending Sun, 3 Mar 2019

Raih Pendapatan Terkumpul Sehingga RM4 Juta Bermain ‘Dota 2’

Bermula dengan bermain Tetris, iaitu satu permainan batu-bata ketika berusia empat tahun, Yeik Nai Zheng, 23, seorang pemain profesional Dota 2, dan lebih dikenali dengan nama ‘MidOne’, telah menjadikan E-sports sebagai kerjaya profesional beliau sejak empat tahun lepas. Anak jati Bagan Serai, […]

Hiburan Tue, 28 Jan 2020

Chacha Maembong Akui Suka Pakai Seksi Dari Dulu

Kalau takut kena kutuk, tak payah jadi selebriti…betul tak?

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Siti Saleha ‘Berguru’ Dengan Ogy Ahmad Daud?

Bagus Siti Saleha! Sentiasa rasa rendah diri walaupun seorang pelakon yang hebat!

Trending Sun, 25 Apr 2021

Ketat SOP Di Sekolah, Ibu Bapa Jangan Bimbang – Rina Harun

Makin ramai sekolah ditutup sekarang ni…

Featured Fri, 9 Nov 2018

One Step Closer – Fasha Sandha Didakap Bahagia…

Masih berteka-teki tarikh pertunangannya, Fasha akan buat pengumuman rasmi.

error: Content is protected !!