Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 16, 2026 @ 1:53am

Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Penyanyi Shiha Zikir tampil dengan karya tradisional sepenuhnya berjudul Minta Ampun, sebuah lagu yang membawa mesej tentang makna sebenar memohon maaf dalam kehidupan harian.

Menurut Shiha, lagu tersebut hadir sebagai teguran halus terhadap kebiasaan masyarakat yang mudah mengucapkan maaf tanpa benar-benar menghayati maksudnya.

“Kita selalu dengar orang minta maaf, tetapi tidak semuanya datang dari hati. Lagu ini sebenarnya sindiran lembut supaya kita lebih jujur apabila meminta maaf,” katanya.

Shiha mengakui peluang menghasilkan lagu tradisional penuh bersama syarikat rakamannya dan Sony Music Malaysia merupakan sesuatu yang sudah lama dinantikan.

Impian itu pernah disuarakan sejak menyertai D’Academy Asia, namun hanya kini menjadi kenyataan apabila menerima lagu ciptaan Hafiz Hamidun dengan lirik Fedtri Yahya.

“Sejak dulu saya memang teringin ada lagu tradisional sendiri. Bila dengar demo lagu ini, saya terus rasa ia sangat kena dengan jiwa saya,” katanya.

Shiha turut meminta agar bahagian tarian dimasukkan supaya persembahan lebih hidup selain berharap mesej keikhlasan dalam memohon maaf dapat difahami pendengar.

“Saya harap pendengar ambil pengajaran. Bila kita minta maaf, buatlah dengan ikhlas kerana ia memberi kesan baik dalam hidup,” ujarnya.

Kerjasama bersama Hafiz Hamidun juga disifatkan mudah kerana kedua-duanya saling memahami kehendak muzik dan gaya vokal.

“Hafiz sangat terbuka dengan pandangan saya sebagai penyanyi. Dia juga banyak membantu dari segi lenggok vokal jadi proses rakaman lebih lancar,” katanya.

Shiha tidak menolak Minta Ampun menjadi permulaan untuk lebih banyak karya tradisional selepas ini kerana genre tersebut dekat di hatinya sejak kecil.

“Saya memang membesar dengan lagu Melayu asli dan ada impian kumpul lagu tradisional dalam satu album. Jadi sekarang masa yang sesuai untuk saya fokus ke arah itu,” katanya.

Shiha berharap lagu ini mudah diingati serta memberi impak positif khususnya kepada generasi muda untuk terus menghargai muzik tradisional.

“Saya mahu orang dengar, hafal dan mungkin nyanyikan lagu ini. Harapnya Gen-Z juga boleh jatuh cinta dengan lagu tradisional kita,” katanya.

Minta Ampun merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dengan lirik Fedtri Yahya manakala video muzik diarahkan oleh Shiha bersama Arul.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Jan 2026

Saksikan ‘Madu Tiga Live In Concert’ Bersama MPO, PMX Hargai Legasi P. Ramlee

Karya Allahyarham P. Ramlee bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi cerminan nilai, budaya dan identiti seni negara.

Trending Mon, 16 Nov 2020
Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Halil Chik Meninggal Dunia

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Hiburan Thu, 31 May 2018

Lalui Waktu Sukar, Bagi Ruang Kepada Syafiq

Amyra turut memaklumkan hal ini juga tidak disebut di dalam group WhatsApp yang melibatkan tenaga produksi drama Nur.

Trending Thu, 20 Sep 2018

Ringgit Merosot Tak Jejas Rakyat Malaysia Pergi Melancong

MATTA mengesahkan penurunan nilai ringgit tidak menjejaskan prestasi jualan mereka sebaliknya meraih keuntungan.

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Hyuna Dan E’Dawn Bakal Keluar Lagu Baru?

Tak sabar nak tunggu lagu baru diorang!

Hiburan Fri, 26 Dec 2025
Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Trending Thu, 27 Aug 2020

Nilai moratorium RM74.3 bilion setakat 14 Ogos

Buat mereka yang ingin memohon moratorium.

error: Content is protected !!