Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida September 20, 2018 @ 11:00am

Ringgit Merosot Tak Jejas Rakyat Malaysia Pergi Melancong

Nilai ringgit Malaysia merosot ternyata tidak menjejaskan rakyat melancong ke destinasi tempatan dan juga asing. Hal ini disahkan oleh Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

Setiausaha Kehormatnya, Nigel Wong berkata agensi pelancongan menawarkan kadar dan insentif khas kepada pengguna, terutama semasa pameran MATTA di mana harga tambang menjadi sangat berdaya saing dan ini mendorong rakyat Malaysia untuk melancong.

Beliau juga berkata, penurunan nilai ringgit tidak menjejaskan prestasi jualan mereka, tetapi sebaliknya meraih keuntungan.

“Jualan sasaran kami untuk pameran MATTA di Kuala Lumpur baru-baru ini yang berakhir pada 9 Sept adalah RM200 juta, dan walaupun angka akhir masih lagi diterima, disahkan yang ia telah melepasi sasaran kami,” katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Sementara itu, Pameran MATTA 2018 Pulau Pinang selama tiga hari mulai pada 28 Sept akan menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah bernilai RM330,000.

“Pengunjung layak menyertai cabutan bertuah dan tiga pemenang bertuah akan menerima tiket pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok, Kuala Lumpur ke Hanoi, dan Kuala Lumpur ke Melbourne, dengan penginapan masing-masing tiga malam untuk setiap set.

Pengarah Urusan, Kenny Chong berkata, Hwajing sentiasa menyokong MATTA dan melabur paling banyak untuk Pameran MATTA 2018 Pulau Pinang yang akan datang.

“Kami telah melabur lebih daripada RM100,000 dalam pameran ini, di samping penajaan,” kata Chong. -Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Apr 2022
Trending Fri, 1 Jan 2021
Trending Tue, 10 Jul 2018

93岁生日快乐!敦马的愿望是……

首相敦马哈迪今日迎来93岁生日!即使生日,马哈迪也没放假,照常上班;而他的生日愿望是……

Trending Tue, 15 Oct 2019
Events Tue, 27 May 2025

“Sebenarnya Bukan Saya Seronok Bercerai, Ayat Itu Keluar Secara Spontan” – Nora Ariffin

Nora menafikan kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai spontan.

error: Content is protected !!