Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:21pm

Telekom Malaysia Akan Tawar Unifi 30Mbps Pada Harga Dibawah RM100

Satu pelan jalur lebar Unifi berkelajuan 30Mbps pada harga dibawah paras RM100 telah diumumkan oleh TM hari ini. Diletakkan sebagai pelan permulaan, ia memberikan penjimatan sebanyak 40% berbanding harga langganan sedia ada iaitu RM179.

Pelan baru ini bakal menyasarkan pengguna daripada golongan isi rumah yang berpendapatan rendah, B40 dan pendaftaran untuk pra tempah boleh dibuat bermula 15 Julai hadapan.

Turut sama diumumkan adalah Unifi Turbo, dimana kelajuan jalur lebar pengguna sedia ada bakal digandakan bermula pada 15 Ogos tanpa sebarang kos tambahan. Bagi pengguna yang mendaftar pelan Unifi sedia ada sebelum 31 Disember 2018 akan dinaik taraf kelajuannya secara berperingkat bermula 2019.

Tidak dilupakan, pengguna pra-Unifi (sebelum ini dikenali sebagai Streamyx), yang mana TM akan memberikan naik taraf khas kepada pelanggan pelan berkenaan dan status mengenainya boleh mula disemak melalui unifi.com.my pada 15 Julai hadapan.

Untuk makluman, pelan pascabayar Unifi Mobile tanpa had akan dilancarkan semula juga pada tarikh yang sama, 15 Julai 2018.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 19 Jul 2018

Imej Sebenar Honor Note 10 Dikatakan Telah Tersebar Di Internet

Honor sebelum ini mengesahkan penyambungan semula siri Note mereka yang terhenti pada model Honor Note 8 dengan model baru Honor Note 10 Seperti biasa, semakin hampir model itu dengan hari pelancarannya, semakin banyak bocoran imej […]

TECH Sat, 12 Oct 2019
TECH Wed, 14 Aug 2019

Kenali Ciri- Ciri Kalis Air Telefon Anda

Bolehkah saya berenang dengan telefon pintar saya?

TECH Mon, 1 Apr 2019

Fans Crowd 1 Utama for OPPO F11 Pro’s First Roadshow

OPPO’s latest sets the bar high with 20% more recorded sale
than the F9.

TECH Sat, 28 Apr 2018

Pembesar Suara Pintar Facebook Mungkin Dilancarkan Oktober Ini

Syarikat yang kini sedang diserang kontroversi, Facebook Inc dijangka akan melancarkan peranti pembesar suara pintar mereka pada suku terakhir tahun ini, menurut Digitimes. Pada awalnya, peranti tersebut mahu diperkenalkan kepada umu pada Persidangan Pembangun Facebook (F8) yang diadakan pada awal […]

TECH Fri, 1 Jun 2018

Tak Lama Lagi Korang Boleh Buat Avatar Watak Sendiri Di Facebook

Ciri yang dipanggil sebagai Avatar, membolehkan pengguna menghasilkan sticker yang boleh digunakan pada Messenger dan ruangan komen di Facebook.

TECH Sat, 26 May 2018

Tips Dari Google Mengenai Tingkah Laku Pelayar Internet Dari Malaysia Dan Indonesia Pada Bulan Ramadhan

Di waktu bulan Ramadhan, tingkah laku umat Islam  akan sedikit berlainan berbanding pada hari yang lain. Dan ini turut melibatkan tingkah laku pengguna di dunia maya. Perkara ini telah didedahkan oleh Google dalam beberapa infografi […]

TECH Mon, 15 Jan 2018

Powerbank Anda Original Ke Tiruan? Ketahui Cara Mudah Mengenalpasti Powerbank Tiruan

Ketahui Power Bank yang original ataupun tiruan.Jika ingin menyelamatkan wang anda daripada membeli Power Bank yang tiruan,baca artikel ini.

TECH Tue, 30 Jan 2018

Cara Kembalikan & Preview Whatsapp Pada Lock Screen iPhone Anda

Rungutan daripada pengguna iPhone berkenaan nama pengirim dan previe mesej tidak lagi dapat dilihat pada pusat notifikasi di lock screen peranti mereka. Cuba tips ini

TECH Thu, 5 Jul 2018

Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi […]

error: Content is protected !!