Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 27, 2026 @ 3:31pm

Shila Amzah Pilih Hidup Sederhana, Mahu Bebas Hutang & Nekad Henti Tabiat Berbelanja Secara Tak Terkawal

Penyanyi popular, Shila Amzah berazam untuk memulakan tabiat gaya hidup sederhana  dan bebas daripada hutang.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila berazam untuk menyelesaikan komitmen hutang kereta dan tempat tinggal secepat mungkin selain mahu mengurangkan kapasiti barangan yang dimilikinya sekiranya jarang digunakan.

“Saya benar-benar mahu bebas hutang (mahu habiskan bayar rumah dan kereta). Selepas itu mahu mengemas serta menyingkirkan barang-barang yang sudah tidak digunakan.

“Sebelum ini saya selalu juga buat begitu. Kalau dalam tempoh dua hingga tiga bulan saya tidak gunakan sesuatu barang, itu bermakna saya memang tidak memerlukannya langsung,” katanya di Threads.

Mengakui kerap membuat langganan tanpa dirancang, penyanyi lagu Patah Seribu itu nekad mahu menghentikan tabiat membeli-belah secara tidak terkawal.

“Banyak juga langganan yang sebenarnya tiada hala tuju. Saya betul-betul mahu berhenti membeli barang yang tidak perlu.

“Hidup tanpa merasa pegang duit sendiri sebelum ini membuatkan saya menjadi seorang pembeli yang agak tidak terkawal apabila dewasa.

“Saya tidak bangga dengan perkara itu, tetapi saya akan ambil langkah besar untuk menjadi lebih baik,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Sat, 15 Jan 2022

“Wife Cantik Macam Janna Nick” – Kejelitaan Isteri & Anak Yassin Senario Curi Perhatian

Mungkin nama pelawak dan pelakon, Yassin Senario sebelum ini jarang diperkatakan sehinggalah beliau terlibat dalam sebuah program nyanyian popular baru-baru ini. Terbaharu, viral di TikTok sebuah video berdurasi 15 saat menunjukkan Yassin bersama isteri dan […]

Trending Wed, 13 Jan 2021

“Apa Yang Terbaik Untuk Kita Tak Semestinya Terbaik Untuk Orang Lain” – Alif Satar Kongsi Kata-Kata Positif

Ujian setiap orang berbeza beza, sentiasalah pilih untuk menjadi baik ❤️

Featured Fri, 10 Oct 2025
Trending Thu, 7 Mar 2019

Kylie Jenner Diiktiraf Billionaire Paling Muda, Wow!

Siapa sini peminat produk Kylie Cosmetics angkat tangan!

Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

error: Content is protected !!