Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2026 @ 7:29am

“Saya Terdengar Seorang Wanita Nyanyi Lagu Ku Akui, Suaranya Merdu!” – Hafiz Suip Imbas Momen Berkenalan Dengan Isteri

Penyanyi Hafiz Suip, 36, meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan jodoh dengan isterinya, Fiona Safiyya, 39, selepas dua tahun berkenalan di Kuching, Sarawak.

Menurut Hafiz, restu arwah ibunya, Allahyarhamah Halizawati Salleh yang mahu melihat dia kembali mendirikan rumah tangga membuatkan pelantun lagu Awan Nano itu tidak mengambil masa lama untuk membuka lembaran baharu selepas bercerai.

“Saya mula kenal Fiona ketika persiapan Konsert Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024. Waktu itu saya cari penyanyi wanita untuk berduet menggantikan Adira.

“Pertemuan kami berlaku secara kebetulan di sebuah kedai makan. Saya terdengar seorang wanita menyanyikan lagu Ku Akui dan suaranya sangat merdu,” katanya.

Hafiz kemudian bertanya kepada pemilik premis mengenai wanita berkenaan sebelum mengetahui Fiona ialah penyanyi tempatan.

“Saya cari namanya di internet dan memang dia penyanyi di Kuching. Saya ajak dia sertai konsert dan dari situ kami semakin rapat,” katanya kepada XTRA.

Tambah penyanyi lagu Bahagiamu Deritaku ini, hubungan mereka mudah terjalin kerana isterinya memahami kerjayanya dan banyak memberi sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

“Bila hubungan semakin serius, saya bawa Fiona jumpa bapa dan arwah ibu. Kami terkejut rupanya mereka pernah bekerja bersama sebelum ini. Arwah ibu memang menyukai Fiona.

“Syukur semuanya dipermudahkan walaupun Fiona ibu tunggal kepada tiga anak. Anak saya dan anak dia juga cepat mesra,” katanya.

@xtra_my Sweetnya pengantin baru 🥰 Hafiz Suip tampil sedondon bersama isteri, Fiona Saffiyya di majlis pelancaran single terbaharu Hafiz berjudul Yang Engkau Mahu. Semoga Hafiz & isteri terus berbahagia ❤️ #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA

Namun Hafiz mengakui berasa sebak kerana ibunya tidak sempat meraikan hari bahagianya selepas meninggal dunia pada 10 November tahun lalu.

“Arwah mama yang minta kami percepatkan pernikahan supaya tidak timbul fitnah memandangkan kami dikenali ramai.

“Saya harap perkahwinan ini kekal sampai akhir hayat. Kami berdua pernah gagal sebelum ini dan pengalaman itu banyak mematangkan kami,” katanya.

Pasangan itu ditemui pada majlis pelancaran lagu baharu Yang Engkau Mahukan serta majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Sementara itu, Fiona yang bekerja sebagai ejen insurans mengakui mengambil masa untuk menerima Hafiz selepas lima tahun hidup sendiri.

“Bukan mudah untuk kembali berumahtangga, lebih lagi saya ada anak daripada perkahwinan terdahulu. Tapi semuanya sudah tertulis.

“Kami dipertemukan secara tidak dirancang dan melalui pengalaman perceraian yang hampir sama, cuma jalan cerita berbeza,” katanya.

Tambahnya, pengalaman lalu dijadikan pengajaran untuk memulakan kehidupan lebih baik.

Hafiz dan Fiona yang berketurunan Bidayuh serta memeluk Islam pada Disember 2025 selamat bernikah pada 13 Februari lalu di Petrajaya, Kuching.

Sebelum ini Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy Jasreel pada 2016 sebelum berpisah Mei tahun lalu dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Sep 2025
Trending Fri, 12 Feb 2021

2 Jam Dilancarkan, Album Terbaru Dayang Nurfaizah Daki Tangga Pertama di iTunes

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang meletakkan album klasik terbarunya, Belagu di tangga nombor satu carta iTunes Apple Store, hanya dalam tempoh dua jam. Album studio terbabit yang menghimpunkan khazanah […]

Hiburan Mon, 7 Apr 2025
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Kerap Ditanya Isu Putus Tunang, Sufian Tak Selesa

“Pada masa akan datang, saya berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang bertanyakan tentang hal ini lagi,” akhirinya.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Mila Mohsin Komen Isu ‘Nepo Baby’, Dedah Jalani Uji Bakat Sebelum Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang

Mila Mohsin menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Hiburan Thu, 22 Feb 2018

NORA DANISH DAPAT BABY BOY LAGI

Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di sini, pagi ini.

Featured Fri, 6 Feb 2026
error: Content is protected !!