Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 5, 2026 @ 6:00pm

Erysha Emyra Akui Selesa Berkawan Dengan Ariel Fesol, Tak Kisah ‘Dikenenkan’ Peminat – “Dia Sangat Baik, Hormat Orang”

Pelakon, Erysha Emyra tampil bersuara apabila ada segelintir netizen ‘mengkenenkan’ dirinya bersama penyanyi dan aktor, Ariel Fesol.

Meskipun tidak mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut, Erysha bagaimanapun mengakui dia selesa berkawan dengan Ariel yang juga ahli kumpulan Alpha itu.

“Saya selesa berkawan dengan dia. Dia seorang jejaka yang baik, menghormati orang lain.

“Malah di set penggambaran pun dia senang serasi dengan pasukan saya, pandai bawa diri dan itu adalah satu sifat yang bagus dalam industri,” katanya.

Ketika disoal sekiranya ada segelintir pihak yang kurang bersetuju dia dan Aril ‘dikenenkan’, Erysha berkata dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

“Sudah tentu, ada saja. Dari dulu lagi kalau dikenenkan dengan sesiapa pun, pasti daripada peminat belah dia atau saya yang akan tak suka, kita tak boleh puaskan hati semua pihak.

“Masing-masing punya pandangan. Saya okay sahaja tak risau pun. Apa yang saya tunjukkan di media sosial hanya apa yang saya nak kongsikan, disebalik itu mereka tak tahu,” katanya.

Erysha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa bersama LOL Entertainment yang berlangsung di Hotel Royal Chulan Damansara pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian popular Aku Bukan Ustazah ini tidak menafikan perkara ‘dikenenkan’ itu sudah menjadi asam garam sebagai anak seni.

“Kalau digandingkan dengan mana-mana pelakon, memang akan ada kenen-kenen. Itu perkara biasa. Saya okay sahaja, tak ada nak marah atau terasa. Asalkan mereka gembira.

“Saya rasa orang tak sedar apabila bekerjasama di set penggambaran selama dua atau tiga bulan, hubungan itu secara semula jadi akan rapat,” ujarnya lagi.

Hubungan antara Erysha dan Ariel mula meraih perhatian selepas mereka bergandingan dalam sebuah drama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Kak Lina Pom Pom Akui Kini Hangat Bercinta

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Kak Lina kita dan juga baby Sefhia okay!

 

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Tue, 9 Dec 2025

“Orang Lain Boleh Cakap Apa Je Tapi Tak Boleh Jadi Macam Awak”- Noor Nabila Titip Pesanan Padu Buat Ameera Khan Sempena Sambutan Hari Lahir

Nabila menyifatkan Ameera sebagai figura muda yang telah berjaya membina nama serta pencapaian sendiri dalam industri fesyen dan media sosial.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

“Allah Adalah Sebaik-Baik Perancang”- Elfira Loy

El dijadikan sebagai tempat meminta hutang adiknya?

Hiburan Sat, 18 Jun 2022

Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

Salam takziah untuk keluarga Adibah Noor.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《娱协30》主题曲:重新改编《Star》

娱协成立踏入第30个年头,因此第14届的娱协奖特别改名《娱协30颁奖典礼》。自2000年开始,每一届娱协奖都有主题曲,经过筹委会讨论,今届的主题曲决定重新改编2008年(娱协成立21周年及第10届娱协奖)主题曲《Star》。

Hiburan Sun, 3 Jun 2018

Nazim Othman Terkejut, Remaja Hantar Gambar Seksi ?

Remaja hantar gambar seksi, keterlaluan dan menggelikan?

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

error: Content is protected !!