Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 6, 2026 @ 4:43am

Aktif Berkarya Selepas Lagu Trio Mut Terima Respons Positif, Jaja Ishak Bakal Gamit Rindu Anak Pahang Pulang Beraya

Susulan penerimaan positif lagu Dentam-Dentum Raya yang dinyanyikan Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli, penerbit Jaja Ishak menerusi rumah produksi Jaja Ishak Channel terus berkarya dengan sebuah filem pendek khas sempena ketibaan Syawal.

Menurut Jaja, filem pendek berjudul Sujudku Di Akhir Ramadan itu dihasilkan sebagai projek istimewa dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana Dentam Dentum Raya mendapat banyak respons positif pendengar. Dalam 10 hari dilancarkan, lagu itu sudah mendapat lebih 200,o00 tontonan di YouTube. Sudah ada peminat yang melakukan dance challenge di TikTok. Saya berharap lagu nyanyian Trio Mut ini bakal mendapat lebih banyak perhatian lagi.

“Seterusnya, saya bakal muncul dengan filem pendek Raya iaitu Sujudku Di Akhir Ramadan. Karya ini berkisar tentang seorang ketua keluarga yang sentiasa mendoakan kebaikan buat anak-anaknya walaupun mereka bukan darah daging sendiri.

“Sebagai seorang pemimpin keluarga, dia sentiasa meletakkan kepentingan orang lain lebih dahulu dan berusaha melakukan yang terbaik untuk orang di sekelilingnya,” katanya.

Jaja berkata penggambaran dijangka bermula dalam masa terdekat memandangkan tempoh menuju Aidilfitri semakin hampir.

“Kami merancang untuk memulakan penggambaran minggu ini juga kerana masa agak terhad sebelum tiba Hari Raya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Trio Mut Bakal Lancar Single Pertama! Hadie Elfardie, Auddra & Ammar Haikal Bergabung Dalam ‘Dentam Dentum Raya’

Dalam masa sama, Jaja berkata penerbitan tersebut masih mengekalkan elemen komersial dan pihak produksi sedang merancang untuk menampilkan beberapa pelakon terkenal bagi menjayakan filem pendek berkenaan.

“Ketika ini proses pemilihan pelakon masih dalam peringkat perbincangan. Kalau ada peluang, kami memang mahu menjemput anak seni kelahiran Pahang untuk terlibat dalam projek ini.

“Mungkin ada rezeki bekerjasama dengan Kamal Adli, Noorkhiriah, Amerul Affendi, Lan Siro, Isyariana atau Razak Ahmad. Kami juga cuba menghubungi beberapa nama lain dan berharap semuanya dipermudahkan,” katanya.

Filem pendek Sujudku Di Akhir Ramadan dijangka ditayangkan menerusi semua platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha promosi kerajaan negeri Pahang yang optimis meneruskan inisiatif khas Aidilfitri melalui pemberian Baucar Raya RM100 kepada rakyatnya tahun ini.

Tawaran tersebut dibuka kepada 10,000 pemohon terawal yang memenuhi syarat ditetapkan.

Menurut Jaja, inisiatif berkenaan bukan sekadar memeriahkan sambutan Aidilfitri, malah membantu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan.

“Ramai anak Pahang yang berada di luar negeri kerana bekerja atau menyambung pengajian. Inisiatif ini diharap dapat membantu mereka pulang beraya bersama keluarga.

“Baucar ini terbuka kepada anak Pahang berusia 18 tahun ke atas yang merancang untuk pulang ke negeri itu sempena Aidilfitri,” katanya.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan Google Forms yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR dalam kempen tersebut.

Tarikh akhir permohonan ditetapkan pada 5 Mac dan hanya 10,000 individu terawal yang berjaya mendaftar akan menerima baucar berkenaan.

Kempen tahunan itu merupakan antara usaha berterusan kerajaan negeri dalam menyokong mobiliti sosial serta kebajikan rakyat Pahang, khususnya golongan muda yang merantau mencari rezeki di luar negeri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Feb 2025

Pelakon Veteran, Roslan Saleh Meninggal Dunia

Roslan Saleh sebelum ini menghidap penyakit diabetes

Featured Tue, 22 Aug 2023

“Tak Payah Sibuk Berbini 2, I Pun You Tak Boleh Handle!” – Anzalna Nasir ‘warning’ Suami Isu Poligami Abang Tesla

Setuju! Isteri sendiri pun kadang tak terlayan, ada hati nak kahwin lain ye dak?🤣

Hiburan Sun, 20 Jul 2025

[VIDEO] Gayat Naik Cable Car, Netizen Kritik Tindakan Nelydia Senrose Peluk Lengan Hariz Hamdan

Netizen kecam tindakan Nelydia Senrose peluk lengan Hariz Hamdan gayat naik cable car

Featured Mon, 6 Feb 2023
Featured Fri, 26 Jun 2026

“Ini Bukan Tentang Burung” – Hantaran Abby Abadi Undang Tanda Tanya

Abby tampil berkongsi kata-kata berbentuk kiasan sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

familuv Wed, 1 Jun 2022

Aril Pilus Tersentuh Tahu Maksud Surat Tulisan Mandarin Daripada Anak

Anak Aril Pilus beri surat sehingga membuatkan dirinya terharu.

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Sun, 3 Dec 2023
Hiburan Fri, 22 Aug 2025
error: Content is protected !!