Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2026 @ 4:57am

Erma Fatima Sifatkan Dakwaan Terhadap Betty Rahmad Tidak Munasabah

Pengarah terkenal, Erma Fatima menyifatkan tuduhan yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad bersikap biadab terhadap seorang pekerja di sebuah booth di Singapura sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

Menurut Erma, dia sendiri sempat menghantar mesej kepada Betty secara berseloroh susulan kontroversi yang tular sehingga menyebabkan usahawan dan pelakon itu menjadi perhatian ramai.

“Saya ada mesej Betty dan cakap, ‘wah, sekarang kau dah jadi terkenal’. Dia balas dengan berkata dia sendiri tak tahu apa kesalahan yang kononnya sudah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Last Year Kakak Kau Kurang Ajar, This Year Kau Pula” – Didakwa Memekik Terhadap Pekerja? Individu Gesa Permohonan Maaf Dari Betty Rahmad

“Pada saya, kalau betul dia bertindak begitu, memang macam tak masuk akal. Bukan sebab dia adik saya, tetapi saya rasa perkara itu memang pelik untuk dipercayai,” katanya.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tambah Erma, dakwaan mengatakan Betty pergi ke booth orang lain lalu meninggikan suara kepada pekerja juga kedengaran tidak logik, lebih-lebih lagi apabila isu itu diperbesarkan seolah-olah satu kesalahan besar telah berlaku.

“Untuk dia pergi ke booth orang dan menjerit pada pekerja, pada saya memang susah nak percaya. Saya rasa cerita itu tidak begitu masuk akal.

“Tambahan pula isu itu dibesarkan seperti dia melakukan sesuatu yang sangat teruk. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan, keadaan itu rasa macam tak kena,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

Dalam masa sama, Erma memilih untuk tidak mengulas lebih panjang tentang isu berkenaan walaupun namanya turut dikaitkan oleh individu yang membuat dakwaan tersebut.

“Saya pun tidak kenal siapa individu itu dan saya juga tak tahu latar belakangnya. Sebab itu saya tak rasa perlu beri kenyataan panjang atau melayan perkara ini.

“Ada juga yang suruh saya ambil tindakan undang-undang, tetapi pada saya ia tidak berbaloi. Terus terang, saya rasa dia bukan pada tahap yang perlu saya layan. Maaf kalau bunyinya agak keras, tetapi dia yang sepatutnya belajar tentang adab,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan dakwaan seorang individu yang mengatakan seorang pelakon dan usahawan bersikap biadab terhadap pekerjanya ketika berada di sebuah booth dalam satu festival di Singapura.

Menerusi hantaran di TikTok, individu tersebut mendakwa selebriti berkenaan telah meninggikan suara kepada pekerjanya ketika pekerja itu sedang sibuk melayan pelanggan lain.

Individu sama turut mempersoalkan tindakan tersebut dan menegaskan tiada sesiapa patut dilayan dengan cara sedemikian walaupun seseorang itu berstatus selebriti.

Bagaimanapun, Betty menerusi siaran langsung di TikTok menafikan dakwaan bahawa dia bersikap biadab seperti yang diperkatakan.

Dalam masa sama, dia tetap memohon maaf kepada pekerja booth berkenaan sekiranya ada kata-kata atau tindakannya yang menyinggung perasaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

FARAH MENDOZA DIBANTAI 7 LELAKI?

Farah sekali lagi menjadi bualan apabila Micheal Ang pula membuat kenyataan berbaur amaran menyifatkan Farah mempunyai bad attitude dalam produksinya berhubung rakaman adegan cium antara Fattah Amin dan Janna Nick yang dikecam teruk oleh netizen.

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Wed, 16 Aug 2023

Didakwa Beli Motosikal Guna Duit Shila Amzah, Ubai Tampil Beri Respons Padu! – “Dasar Kepala Paip!”

Bawa bersabarlah Ubai & Sha. Tak faham ada juga yang menatliti masih rendah sekarang ni ek🥴

Trending Mon, 7 Feb 2022

Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya, Michael Hansen. Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya. “Kami […]

Featured Fri, 30 Sep 2022

“Jangan Berlagak Pandai, Kadang Lu Borak Kosong!” – Joe Flizzow Tempelak Siapa Tu?

Fuhhh, garang Mr. President kita niii 🥵🥵 Marah siapa tu Joe?

error: Content is protected !!