Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2026 @ 5:15am

“Mungkin Hidup Saya Takkan Pernah Sempurna Sepenuhnya, Tapi Saya Tetap Reda” – Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda mengakui hidupnya mungkin sukar terasa benar-benar lengkap selagi hubungan yang renggang dengan bapanya, legenda rock Datuk Amy Search, masih belum menemui penyelesaian.

Menurut Nabila, sebagai anak sudah banyak kali berusaha untuk memperbaiki keadaan, namun sehingga kini hubungan itu masih belum menunjukkan jalan untuk pulih seperti dahulu.

“Saya rasa mungkin hidup saya tidak akan pernah jadi sempurna sepenuhnya. Tapi saya reda dan saya tetap akan teruskan hidup dengan melakukan perkara yang membuatkan saya gembira.

“Saya terima apa juga takdir yang sudah ditentukan. Kalau satu hari nanti memang ada ruang untuk kami bertemu semula, saya bersyukur. Kalau tidak, saya hanya mampu percaya mungkin ada pertemuan yang lain pada waktu yang lain,” katanya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Bukan Soal Ego, Tapi Soal Kedamaian Tu Datang Sementara”- Derita Dalam Diam, Nabila Huda Akui Sudah Penat

Menurut aktres drama bersiri Dari Rahim Yang Sama itu, sebagai seorang ayah dan ketua keluarga, bapanya sepatutnya memainkan peranan penting untuk meredakan konflik yang berpanjangan.

“Pada saya, sebagai ayah dan ketua keluarga, mungkin dia yang sepatutnya ambil langkah untuk selesaikan apa yang masih tertangguh.

“Kalau nak tahu masih ada atau tidak ruang untuk berbaik, mungkin soalan itu lebih sesuai ditanya kepada dia. Saya sendiri sudah banyak kali menjawab perkara yang sama, tetapi sampai hari ini memang belum ada jalan,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Nabila berkata dia sukar membayangkan bagaimana rasanya jika terpaksa berjauhan daripada anak sendiri, Keisha Laila.

“Kalau saya berada dalam situasi tidak dapat berjumpa anak saya sendiri, saya rasa saya tak akan kuat untuk teruskan hidup seperti biasa.

“Saya mungkin tak mampu rasa bahagia dan mungkin menangis setiap hari sebab itu anak saya, darah daging saya, yang membesar di depan mata saya sendiri.

“Tapi saya tidak tahu bagaimana perasaan papa. Mungkin dia juga ada rasa itu, cuma saya tak tahu bagaimana caranya dia mahu tunjukkan atau hadapi keadaan ini,” katanya.

Tambah Nabila, buat masa ini dia memilih untuk memberi perhatian kepada kehidupannya bersama keluarga kecil yang ada di sisi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Saya Tak Penting Untuk Awak…” – Nabila Huda Luah Rasa Luka Terkilan, Didakwa Berkait Hubungan Darah Daging?

“Sekarang saya bersyukur dengan kehidupan sederhana yang saya ada. Setiap hari saya berdoa, terutama dalam Ramadan dan Syawal, tetapi sampai hari ini doa itu masih belum dimakbulkan.

“Apa yang saya boleh lakukan adalah terus senyum dan jalani hidup. Kalau saya terlalu lama tenggelam dalam kesedihan, saya kasihan pada keluarga yang ada bersama saya sekarang.

“Doa saya cuma satu, saya mahu hidup saya benar-benar rasa bahagia dan lengkap. Saya memang bahagia sekarang, cuma masih ada sedikit ruang kosong dalam hati,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal tampil menerusi drama Viu Original berjudul Cela bergandingan dengan Hun Haqeem.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 31 Dec 2019

Selamat Pulang Ahmad Dhani!

Peminat #balaDewa pastinya gembira dengan perkhabaran ini kan? Tunggu saja konsert DEWA19 di Malaysia

Featured Fri, 26 Aug 2022

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Alamak, ni apa kes? Tak ada angin tak ada ribut, kenapa individu ni sampai nak cancelled Fazura? Sendiri cari penyakit, kan dah kena kecam 😌

Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

Featured Wed, 3 Jun 2026

Sambut Ulang Tahun & Anniversary Ke-13 Serentak, Izzue Islam Terima Hadiah Kereta Dari Isteri Tercinta

Izzue Islam mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah majlis sambutan ulang tahun kelahirannya dan juga ulang tahun perkahwinannya yang ke-13  bersama isteri tercinta, Awin Nurin.

Trending Fri, 18 Mar 2022

Waktu Solat, Ketepatan Arah Kiblat, Banyaknya Fungsi Menarik… Aplikasi Waktu Solat Malaysia Wajib Ada Dalam Handphone Anda!

Aplikasi Waktu Solat Malaysia yang mempunyai 1.3 juta pengguna aktif dan lebih 6.6 juta kali muat turun kini boleh didapati menerusi Google Play & Apple Store. Aplikasi Waktu Solat Malaysia berfungsi sebagai peringatan waktu solat, […]

error: Content is protected !!