Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 10, 2026 @ 11:26pm

Ambil Jalan Damai, Aliff Syukri Enggan Panjangkan Isu Dengan Ahmad Idham – “Lebih Baik Berbincang, Jarak Premis Kami 10 Langkah Sahaja”

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak memanjangkan isu teguran yang dibuat pengarah Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung masalah kesesakan lalu lintas di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Mama Papa Raya itu, dia tidak berkecil hati terhadap Ahmad Idham, malah sudah memaafkan perkara tersebut.

Pada masa sama, dia juga terbuka untuk memohon maaf sekiranya premis miliknya menjadi punca gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan.

“Saya tidak ambil hati pun dan saya maafkan dia. Dari pihak kami pun, kami minta maaf kalau premis kami menimbulkan gangguan kepada laluan trafik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wisma Aliff Syukri Didakwa Punca Trafik Sesak, Nur Shahida Bidas Ahmad Idham – “Jangan Cakap Kawasan Bangunan Saya Tak Bertamadun”

Aliff yang memiliki premis perniagaan Wisma D’Herbs di lokasi yang disebut Ahmad Idham berkata, dia lebih selesa memilih jalan damai dan sedia bertemu secara bersemuka bagi membincangkan perkara itu dengan baik.

“Sebenarnya, saya tak mahu mengulas panjang. Sebagai orang yang lebih berusia, saya tetap hormat dia. Kalau boleh, lebih baik kami duduk berbincang kerana jarak premis kami pun sangat dekat, lebih kurang 10 langkah saja.

“Saya tiada masalah dengan dia dan mungkin keadaan itu berlaku kerana ada unsur provokasi. Apa pun, apa yang dibuat itu mungkin secara tak langsung memberi publisiti kepada bangunan saya juga. Jadi saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada XTRA.

Aliff ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek ‘Ya, Abah Saya Security’ di GSC IOI Mall Damansara, pada Isnin.

Sebelum ini, Ahmad Idham dilaporkan meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir individu yang didakwa meletakkan kenderaan secara parkir berganda berhampiran premis perniagaannya di Kota Damansara, yang terletak tidak jauh dari Wisma D’Herbs.

Ahmad Idham turut dilaporkan menyuarakan kebimbangan terhadap masalah lalu lintas di kawasan tersebut memandangkan sebuah sekolah pendidikan khas yang berada di lokasi sama turut terkesan dengan situasi berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad Idham kemudiannya tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan hantaran yang dimuat naik hanya dibuat kerana kecewa dengan sikap sesetengah pengguna jalan raya, bukannya ditujukan kepada mana-mana individu secara khusus.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman mengakui dia sendiri tidak menyangka premis perniagaannya akan menerima kehadiran pelanggan yang begitu ramai sehingga mencetuskan kesesakan trafik.

“Kami sudah ambil tindakan dengan mendapatkan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, RELA untuk mengawal trafik di Wisma D’Herbs. Alhamdulillah, keadaan sekarang semakin baik dan berjalan lancar,” katanya.

Dalam masa sama, dia memaklumkan pihaknya sudah mengambil beberapa langkah awal bagi membantu melancarkan keadaan lalu lintas di kawasan tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Aug 2022

Teruk Dikecam Hingga Murung Sebulan, Pengarah Aziz M Osman Dedah Punca Sebenar Filem XX Ray 3 Kurang Menyengat – “Malang Sekali Timbul Keadaan Bila….”

Setelah sekian lama, akhirnya pengarah Aziz dedah punca sebenar isu filem XX Ray 3. Tak sangka ya sampai macam tu sekali 😣

Featured Fri, 13 Mar 2026

Syatilla Melvin Kongsi Pengalaman Ibu Bertemu ‘Mimpi Paling Indah’ – “Pokok-Pokok Seolah Bersujud”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pengalaman mimpi yang dilalui ibunya sekali gus disifatkan sebagai antara kenangan paling indah pernah diceritakan susuk itu dalam keluarga mereka.

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

‘Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak…’- Anzalna Nasir

Insya-Allah masanya akan tiba…

Featured Wed, 30 Mar 2022
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi

Featured Fri, 9 Dec 2022
error: Content is protected !!