Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 11, 2026 @ 12:43am

Tuah Penampilan Minimalis, Sofistikated Scha Alyahya & Hael Husaini

Penampilan Scha Alyahya dan Hael Husaini sering dikaitkan dengan gaya yang kemas, tenang dan tidak berlebihan. Kedua-duanya mempunyai pendekatan fesyen yang hampir sama iaitu memilih helaian yang ringkas tetapi tetap menonjolkan sisi elegan.

Scha misalnya dikenali dengan gaya sofistikated yang minimalis, sementara Hael pula kerap tampil dengan imej moden dan bersih yang menyerlahkan karakter maskulin yang lembut. Gabungan personaliti itu menjadikan mereka antara figura yang mudah dikaitkan dengan konsep fesyen yang sederhana tetapi berkelas.

Pendekatan imej sedemikian turut menjadi antara faktor jenama fesyen tempatan Amber memilih Scha dan Hael sebagai wajah kempen raya terbaharu mereka menerusi koleksi Amber LUXE: Luxe – An Interpretation Collection. Koleksi tersebut menampilkan rekaan yang menggabungkan elemen minimalis dengan sentuhan mewah yang tidak terlalu menonjol.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Amber, Datuk Adzliana Hasan, konsep itu menekankan kemewahan dalam bentuk yang lebih sederhana dan bersahaja.

“Kalau dilihat pada konsep tersebut, gayanya sangat ringkas tetapi masih nampak mewah. Sebab itu saya rasa konsep ini sangat sesuai dengan Scha dan Hael kerana apabila mereka menggayakannya, keseluruhan imej nampak seimbang.

“Bagi saya, maksud luxe itu bukan berkaitan status. Ia lebih kepada tekstur kain, pemilihan rekaan dan keseluruhan rasa pakaian tersebut. Cara seseorang membawa diri juga perlu selari dengan pakaian yang dipakai,” katanya.

Koleksi terbabit memberi penekanan kepada potongan kemas serta pemilihan fabrik berkualiti seperti satin dan chiffon sutera ringan yang menampilkan perincian halus seperti lipatan lembut, ruffle serta sentuhan reben elegan.

Bagi koleksi wanita, lima rekaan utama diperkenalkan iaitu Melis, Esma, Ruya, Ela dan Leyla. Sementara itu, koleksi lelaki menampilkan tiga set Baju Melayu moden iaitu Orhan, Azra dan Demir yang direka dengan potongan minimalis serta kemasan premium.

Scha Alyahya menyifatkan konsep koleksi tersebut dekat dengan pendekatan gaya peribadinya yang lebih santai tetapi teliti dalam pemilihan jenama dan projek.

“Bagi saya, makna luxe bukan hanya pada pakaian, tetapi juga bagaimana kita membawa diri. Saya seorang yang santai, tetapi sangat berhati-hati apabila memilih kerja dan jenama yang mahu saya wakili.

“Sebab itu apabila diberi peluang ini, saya melihatnya sebagai satu penghargaan terhadap perjalanan yang saya bina selama ini,” katanya.

Hael Husaini pula berkongsi bahawa koleksi berkenaan menerima maklum balas yang baik daripada peminat, termasuk ketika ia diperkenalkan di acara CelebFest di Singapura baru-baru ini.

“Alhamdulillah, sambutan untuk koleksi kali ini sangat baik. Ada beberapa rekaan yang cepat habis terjual, terutama ketika acara di Singapura. Saya rasa peminat Amber memang menantikan koleksi seperti ini,” katanya.

Koleksi Amber Raya 2026 kini boleh didapati menerusi laman web rasmi Amber serta di butik jenama itu di IOI City Mall, Putrajaya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019

孤单寂寞觉得厌世!这三个年龄层最严重

现代人孤独感深重,已不是新闻!国际精神病学杂志一篇新研究指出,年近30岁、55岁前后、80多岁后期,是孤独感出现的高峰。

Events Wed, 14 Aug 2019

Kuala Lumpur Fashion Week 2019 Suits Up for Ready to Wear Runway in August

Showcasing over 80 homegrown labels in 5-day, KUALA LUMPUR FASHION WEEK is set for its 7th and ready to show!

FESYEN Tue, 13 Feb 2018

IDA SURAYA CIPTA SEJARAH DUNIA FESYEN

Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, usahawan berusia 46 tahun itu akan menjadi juri untuk semua pertandingan dan anugerah selain bertanggungjawab merangka pembangunan perniagaan fesyen di dunia merentasi Dubai hingga ke kota fesyen di Paris, Perancis.

FESYEN Wed, 14 Aug 2019

Fazura’s Spilling Tea on E! News About Fattah’s Fashion

The fashion starlet, Fazura reveals her individuality through her fashion picks and thoughts

LIFESTYLE Tue, 6 Mar 2018

白T「最强5招」污渍救星

白色的衣服真的超难照顾,只要沾到污渍就很难弄干净,让人超崩溃,可是你知道吗?其实身边有几样随手可得的小物,比洗衣精的除渍功力还强大喔!

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

5个坏习惯毁掉你的膝盖

知道为什么越来越多的膝盖有酸、痛、胀的小情绪吗?因为我们人类进化成直立行走后,膝盖天天承受着本不应承受之重,成了损伤“专业户”,而你却一点不爱惜它!so且行且珍“膝”吧!

LIFESTYLE Thu, 12 Apr 2018

办公桌变狗窝?5种摆设心情好整天

人一天之中扣掉吃饭、洗澡、睡觉的时间,至少有二分之一到三分之一的时间都在办公室里,要怎么让自己保有适当的专注与清醒,以及工作的好心情,十分重要。

FESYEN Sun, 16 Mar 2025
error: Content is protected !!