Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 12:47am

Video Raih 2.5 Juta Tontonan, Hael Husaini Tak Sangka Aksi Bantu Wanita Keluarkan Tayar Kereta Terperosok Dalam Lubang Tular

Seorang wanita berkongsi momen tidak disangka apabila penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini tampil membantu selepas kereta dipandunya terperosok ke dalam lubang di kawasan Sungai Buloh.

Wanita tersebut memuat naik rakaman kejadian di TikTok yang memaparkan Hael bersama pelakon Meerqeen serta tenaga produksi penggambaran membantu mengeluarkan kereta dari lubang. Video berkenaan kini tular dan meraih lebih 2.5 juta tontonan.

Menurut Hael, ketika kejadian berlaku dia sedang menjalani penggambaran di kawasan Sungai Buloh sebelum menyedari situasi tersebut.

“Waktu itu, saya dan Meerqeen ada penggambaran di kawasan Sungai Buloh. Kami nampak kejadian itu, kereta dia masuk ke lubang dan kami bergegas untuk membantu,” katanya.

@myusinah

thank you sangadd😭🙏🫶

♬ time back – MusicMyLife

Hael mengakui tidak menyangka momen tersebut dirakam dan menjadi tular di media sosial.

“Saya sebenarnya pun tak jangka akan ada video dan perkara ini boleh viral. Ketika itu saya dengan Meerqeen memang fokus dengan penggambaran dan bila ada insiden itu, kami dan tenaga produksi tolong apa yang termampu.

“Esoknya saya sendiri terkejut selepas perkara itu viral, eh ada video kejadian semalam? Tapi tidak mengapa, asalkan orang yang mahu dibantu itu selamat, kereta selamat dan semua selamat.

“Walaupun masa itu saya sedang memakai helmet yang tak sesuai dengan kepala saya,” ujar Hael sempat berseloroh.

Tambah pelantun Lagu Raya Untukmu itu, membantu orang lain adalah perkara yang wajar dilakukan tanpa mengira situasi.

“Kalau saya berada di tempat itu, atas tuntutan kerja atau tidak, sudah semestinya saya akan membantu.

“Itu adalah diri saya dan saya rasa semua manusia harus melakukan perkara yang sama. Bila ada orang susah, kita harus tolong walaupun tengah hari panas, tapi tak mengapa, kita cuba, dapat pahala, Insya-Allah,” katanya kepada XTRA.

Hael ditemui di majlis meet and greet bersama Scha Alyahya dan dirinya bersempena pembukaan butik baharu Amber di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Hael yang menjadi wajah koleksi Amber LUXE gembira apabila jenama menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat, termasuk ketika diperkenalkan di acara CelebFest di Singapura baru-baru ini.

“Alhamdulillah, untuk koleksi kali ini sambutan sangat baik. Ada rekaan yang cepat sold out, terutama masa acara di Singapura. Saya rasa peminat Amber memang tunggu koleksi seperti ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022
Trending Fri, 5 Jul 2019

Ingat Ponteng Di Denda Melutut Atas Bara Kayu

Si Ibu arag anak supaya melutut diatas kayu api yang sedang dibakar . Aduh kesiannya!

Featured Sat, 11 Jan 2025

“Industri Akan Rosak, Jika Anak Seni Tak Siapkan Diri Dengan Ilmu” – Nasir Bilal Khan

“Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah. Jadi kena cari ilmu yang betul -Nasir Bilal Khan

Hiburan Wed, 2 Oct 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Hiburan Thu, 1 Nov 2018

唐嫣、罗晋「维也纳婚礼现场」首度曝光!

中国演员唐嫣28日宣布结婚,和交往2年的男友罗晋在维也纳举办婚礼!婚宴过程及细节一路保密到家,都未对外公开;​​继先前分享了中、西式的婚纱照后,在当地的婚礼现场照也在1日首度曝光。

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Twitter anhevents, majlis itu dilaporkan berlangsung pada hari ini. Alhamdulillah, Tahniah Shila dan bakal suami!

error: Content is protected !!