Euforia Bola 2026
Drama By: Intan Mahsuri March 13, 2026 @ 11:11am

“Adulting Tak Mudah!” – ‘FYP Macam VIP’ Bongkar Realiti Dunia Kerja Gen Z

Sedar tak sedar, semakin ramai Gen Z yang sudah memasuki alam dewasa dan alam pekerjaan.

Dalam erti kata lain, Gen Z juga tidak terlepas dengan pelbagai cabaran kehidupan seharian.

Realitinya, mereka juga perlu urus kerja, kehidupan seharian, persahabatan dan masa depan.

Dan kali ini,  realiti ini diangkat dengan cara yang santai dan relatable menerusi sebuah drama TikTok berunsur podcast dengan tajuk FYP Macam VIP.

FYP Macam VIP tampil dengan pendekatan segar

Mekdi tampil dengan pendekatan fresh melalui kerjasama strategik bersama TV3 untuk menerbitkan drama TikTok ini.

Berbeza dengan drama biasa, FYP Macam VIP membawa konsep gabungan podcast dan sitkom yang dekat dengan kehidupan Gen Z.

Bukan sekadar hiburan, siri ini juga menjadi medium untuk Mekdi mendekati golongan Gen Z yang aktif di media sosial terutamanya di TikTok.

Barisan pelakon yang ‘Gen Z coded’

Menariknya, barisan pelakon drama ini juga dipilih daripada kalangan pelakon muda.

Antara pelakon yang membintangi FYP Macam VIP termasuk Rykarl Iskandar, Zaki Yamani, Mia Sara Nasuha dan Serra Kamal

Pemilihan mereka bukan kerana populariti semata-mata, tetapi kerana mereka sendiri berada dalam lingkungan Gen Z. Jadi vibe, cara bercakap dan perspektif yang dibawakan terasa lebih natural dan real.

Kisah ‘adulting’ yang sangat relatable

FYP Macam VIP mengangkat kisah empat sahabat lama yang sedang melalui fasa peralihan ke alam dewasa.

Melalui perbualan santai ala podcast, mereka berkongsi pelbagai pengalaman hidup daripada isu kerja, persahabatan, sehinggalah dilema kehidupan yang sering dihadapi Gen Z.

Empat watak utama ini mempunyai personaliti yang sangat berbeza:

Alif (Rykarl) – pekerja McDonald’s yang friendly dan sentiasa suka membantu
Faris (Zaki) – lebih serius dan suka menunjukkan kepakaran dalam dunia podcast
Alia (Mia Sara) – matang serta berpendidikan
Farah (Serra) – agak kekok dalam pergaulan dan sangat bergantung pada dunia digital

Gabungan karakter ini membuatkan setiap perbualan mereka terasa hidup, spontan dan penuh momen lucu yang dekat dengan kehidupan sebenar.

Format drama yang unik & baru

Apa yang membezakan FYP Macam VIP dengan drama lain ialah formatnya.

Menggabungkan elemen podcast dan sitkom, setiap episod terasa seperti sesi borak santai antara kawan-kawan, tetapi dalam masa yang sama ada jalan cerita yang menunjukkan perkembangan hidup.

Isu-isu kecil dalam kehidupan harian seperti kerja pertama, tekanan hidup, impian masa depan atau dilema adulting dibincangkan dengan cara ringan tetapi penuh makna.

Selain itu, latar pekerjaan Alif di McDonald’s turut dimasukkan secara natural dalam jalan cerita.

Melalui watak ini, penonton dapat melihat bagaimana kerjaya di Mekdi sebenarnya menawarkan sokongan, kemudahan serta fleksibiliti kerja yang membantu golongan muda mengimbangi kehidupan dan pekerjaan.

Pendek kata, cabaran hidup yang dilalui tidak semestinya bercanggah dengan komitmen kerja malah boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan membina masa depan.

Bukan sekadar drama TikTok

@dramasangat

Episod 1 / 6 : Kenapa Orang Malaysia Selalu Lambat? Korang team awal, on time atau lambat? ▶️ Saksikan kesemua 6 episod Siri Drama FYP Macam VIP -> Setiap Rabu & Khamis, 9:00 Malam di TikTok @dramasangat #mcdmalaysia #fypmacamvip

♬ original sound – dramasangat – dramasangat

Secara keseluruhannya, FYP Macam VIP bukan sekadar drama pendek untuk hiburan semata-mata.

Ia menjadi cerminan realiti Gen Z yang sedang belajar tentang dunia pekerjaan, persahabatan dan perjalanan mencari arah hidup

Semua ini disampaikan dalam gaya santai, fun dan sangat on point dengan kehidupan hari ini.

Kalau korang pernah rasa lost pasal kerja, masa depan atau fasa adulting, mungkin cerita ini akan terasa sangat dekat dengan kehidupan sendiri.

Ditayangkan secara eksklusif di Instagram dan TikTok @dramasangat, jangan lepaskan peluang untuk menonton FYP Macam VIP setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Siti Nurhaliza Rawat Vokal Bersama Syafinaz Selamat 

Queen dengan Queen 🤩🤩🤩 Insya-Allah, moga vokal TokTi kembali pulih seperti selalu, Amin.. 🤩

Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Fri, 28 Feb 2025

Yusuf Kassim Rakam Semula Lagu Permata Yang Dicari

Permata Yang Dicari 2.0 merupakan karya yang diberi nafas baharu selepas dinyanyikan kumpulan Dehearty pada 2005.

Featured Wed, 4 Jan 2023
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Stereoangel Realisasikan Impian Hampir 30 Tahun, Lancar Album Penuh ‘Abstraksasi’

Kumpulan Stereoangel kini memiliki album penuh sebagai tanda perjalanan seni yang tidak pernah padam.

Featured Tue, 11 Jan 2022

Selamat Ulang Tahun! Rai Hari Jadi Siti Nurhaliza Bersama Stesen Radio Tempatan

Hari ini, 11 Januari merupakan hari ulang tahun penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-43. Bersempena dengan hari jadi Siti, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, Cats FM, Gegar, ERA, […]

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

“Akhirnya Allah Tunjukkan Kebenaran” – Ibu Solat Hajat Setiap Hari Selama 4 Bulan, Jual Barang Kemas Demi Selamatkan Eda Ezrin

Ibu Eda Ezrin meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membebaskan anaknya, menantu serta empat individu lain daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba.

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit. Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam. “Lebih sebulan menahan sakit […]

error: Content is protected !!