Euforia Bola 2026
Acara By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:05pm

‘Lebaran Klasika Raya’ Hidupkan Nostalgia Sambutan Aidilfitri Zaman Dulu

Suasana Aidilfitri zaman dahulu kembali dihidupkan menerusi kempen ‘Lebaran Klasika Raya’ yang menampilkan dekorasi vintaj bagi membangkitkan nostalgia sambutan raya tradisional.

Kempen yang berlangsung bermula 6 hingga 30 Mac itu dianjurkan oleh 168 Park Mall yang menawarkan pengalaman istimewa kepada pengunjung dengan hiasan bertemakan “Raya lama”.

Selain dekorasi klasik, pengunjung yang berkunjung ke 168 Park Mall juga berpeluang membawa pulang pelbagai ganjaran eksklusif apabila berbelanja minimum RM168, antaranya Sampul Raya rekaan khas, beg rotan tradisional dan set teko elegan.

Majlis pelancaran kempen berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan selain inisiatif khidmat masyarakat melalui program bakul makanan ‘Kongsi Rezeki’.

Menerusi inisiatif itu, 168 Park Mall bekerjasama dengan Maedicare, Village Grocer dan TheLOT Associates bagi mengumpul sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan tepung.

Barangan yang dibeli pengunjung di Village Grocer 168 Park Mall boleh disumbangkan ke dalam tong pengumpulan yang disediakan di Aras LG sebelum diagihkan kepada golongan memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif 168 Park Mall, Edward Lum, berkata kempen itu bukan sekadar meraikan Aidilfitri tetapi turut memberi peluang kepada komuniti untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Raya adalah masa untuk berkongsi atau bersedekah. Menerusi ‘Kongsi Rezeki’, kami memudahkan komuniti untuk menyumbang.

“Dengan panduan daripada Maedicare, kami memastikan bantuan ini sampai ke rumah kebajikan dan rumah anak yatim yang telah dikenal pasti,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada majlis pelancaran, tetamu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa di Bowlcrafted di 168 Park Mall yang menampilkan sesi ‘Live Plating’ oleh Chef Riz.

Chef terkenal itu mempamerkan kemahiran menyediakan hidangan di dapur terbuka, sekali gus memberikan pengalaman gastronomi yang menggabungkan elemen tradisi raya dengan sentuhan moden.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Fri, 21 Dec 2018

Jom Bawa Anak-Anak Ke Karnival Upin & Ipin 2018 Di MAEPS Serdang!

Karnival Upin & Ipin 2018 ini akan berlangsung sehingga 23 Disember 2018.

Acara Wed, 12 Feb 2020
Acara Tue, 10 Sep 2019

ES Closet International Berhad Bakal Memasuki Bursa Saham Dunia. Wow, hebatnya!

Sejarah bakal tercipta dalam industri fesyen tempatan

Acara Mon, 23 Sep 2019
error: Content is protected !!