Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 13, 2026 @ 1:12pm

Areef Amran Akui Sudah Tiba Masa Bawa Watak Lebih Matang

Pelakon meningkat naik, Areef Amran, mengakui naskhah yang berlatarbelakangkan kehidupan di sekolah sentiasa menjadi pilihannya kerana jalan ceritanya dekat dengan pengalaman masyarakat.

Menurut Areef, 28, kisah yang berkisar tentang alam persekolahan bukan sahaja menghiburkan, malah mampu mengetengahkan pelbagai isu sosial yang pernah dilalui hampir setiap individu.

“Saya memang suka cerita berkaitan sekolah kerana banyak perkara boleh diketengahkan. Dalam satu cerita, kita boleh paparkan pelbagai isu seperti cinta remaja, buli, perkauman dan juga masalah masyarakat.

“Cerita sekolah ini menarik kerana hampir semua orang pernah melalui fasa itu dan pasti ada kenangan tersendiri,” katanya.

Malah, Areef turut menyimpan hasrat untuk membawakan watak seorang guru sekiranya diberi peluang berlakon dalam naskhah bertemakan sekolah pada masa hadapan.

“Kalau ada rezeki berlakon dalam cerita sekolah, saya berminat nak cuba watak cikgu Pendidikan Jasmani (PJ) atau cikgu yang mengajar kelas belakang. Watak itu nampak santai tetapi sebenarnya ada banyak sisi menarik untuk diteroka,” katanya.

Areef berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya serta majlis berbuka puasa anjuran LOL Entertainment yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Areef yang sebelum ini kerap melakonkan watak pelajar sekolah mengakui kini lebih selektif dalam menerima tawaran agar bersesuaian dengan usianya.

“Saya rasa kalau selepas ini dapat tawaran watak pelajar sekolah, mungkin sudah kurang sesuai kerana usia saya pun semakin meningkat.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk saya cuba watak lain yang lebih matang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Nov 2017

SIAPA BABY JNM?

Akhirnya, jawapan bagi persoalan siapa baby JNM itu sudah terungkai apabila, pasangan comel ini telah mengumumkan nama anak mereka sebagai Jeanelle Nika Mandagie.

Trending Sat, 23 Mar 2019

Wanita Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Mak Ikut Anak ‘Pergi’, Wanita Hadir Majlis Pengebumian Anak Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan

Hiburan Sat, 8 Jun 2024
Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram

Events Thu, 20 Sep 2018

[#WinWithxtra] Win FREE TICKETS to Sunway Lagoon’s Nights of Fright 6

Are you ready for a night filled with thrill and horror?

error: Content is protected !!