Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 23, 2026 @ 10:00am

Setahun Tak Berani Lalu Terowong Sunway Pyramid, Muaz Zabir Imbau Trauma Kehilangan Ayah Tercinta

“Tetap rasa kosong sebab dia sangat penting dalam keluarga”.

Demikain respons pelakon, Muaz Zabir ketika mengenang kembali momen bersama Allahyarham bapanya, Mohamad Zabir yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2019.

Kata Muaz, meskipun sudah 7 tahun perisitiwa hitam itu berlaku, namun kehadiran susuk itu masih dirasai kerana bapanya adalah figura penting dalam keluarga.

“Tahun ni tahun ketujuh. Tetap rasa kosong sebab dia sangat penting dalam keluarga.

“Walaupun dia (ayah) bukan anak sulung atau anak bongsu, orang tetap akan cari dia dulu bila balik kampung. Raya tahun 2020 tanpa dia memang terasa sangat bezanya,” luahnya.

Dalam pada itu, Muaz berkata kenangan menyambut Aidilfitri bersama bapanya serta amalan tradisi keluarga yang diwarisi turun-temurun menjadi antara faktor mengapa arwah mempunyai semangat kekeluargaan yang begitu kuat.

Malah, nilai kekeluargaan yang diterapkan oleh arwah bapanya membuatkan dia tetap berusaha pulang ke kampung.

“Malam Mantai. Kita buat sup daging, itu salah satu lah. Ibu dan ayah Muaz satu kampung, jadi memang Muaz akan balik kampung.

“Arwah abah pernah pesan, kalau kerja tapi tak dapat cuti raya, berhenti kerja! Semangat kekeluargaan arwah sangat tinggi.

“Sejujurnya, masa PKP pun saya balik kampung. Apa jadi pun saya tetap akan balik kampung sebab dah diajar dari kecil kepentingan kekeluargaan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, peminat lagu Menjelang Hari Raya nyanyian Datuk DJ Dave itu turut mengimbau kenangan dimarahi arwah bapanya ketika kecil.

“Kena marah dengan dia. Dia suruh tolong kopek kelapa, saya pergi main mercun. Memang banyak kena marah sebenarnya, tapi marah itulah yang merapatkan kami.

“Arwah meninggal sebab kemalangan jalan raya. Seminggu sebelum puasa tahun 2019. Memang terkejut sangat.

“Setahun saya tak lalu tempat kemalangan tu dekat terowong bawah Sunway Pyramid. Saya sanggup pusing jauh sebab trauma. Arwah naik motor masa tu. Tapi nak buat macam mana, dah ajal,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

‘Selingkuh’ Jadi Pengubat Luka, Jimi Luah Keberanian Melepaskan Cinta Palsu

Jimi tampil dengan lagu penuh keberanian melepaskan cinta yang tidak lagi tulus.

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nora Danish Dilabel Tak Pandai Jaga Anak?

Mungkin mereka memberi komen sebegitu kerana mereka sayangkan Nora dan Neyney.

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022

Pemergian Amat Mengejut, Hun Haqeem Dedah Sifat Sebenar Allahyarham Syazlin Zainal – “Tak Lokek Senyuman”

Sayunyaa, arwah Syazlin sangat baik orangnya 🥺 Semoga roh arwah berada dalam kalangan orang beriman ❤️

error: Content is protected !!