Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 22, 2026 @ 9:30am

Jazmy Juma Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung

Pelakon Jazmy Juma mengaku sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut secara sederhana bersama keluarga tercinta.

Kata Jazmy, keluarganya tidak mempunyai sebarang tradisi khusus setiap k ali menjelangnay perayaan Aidilfitri selain lebih gemar meraikan Hari Raya secara santai dan mengikut keadaan semasa.

“Raya saya tahun ini dengan keluarga insya-Allah. Kami tak ada sebarang tradisi yang khusus.

“Selalunya akan berubah-ubah, maksudnya di hari raya memang kami akan cuba macam-macam benda.

“Tapi juadah yang tak boleh saya tinggalkan sewaktu raya adalah lemang. Raya mesti kena ada lemang dan keluarga,” katanya.

Ketika disoal mengenai persepsi keluarga dan peminat mengenai soalan berkenaan jodoh, pemilik nama lengkap Jazmy Khan Juma Khan, 28, itu menjelaskan, dia terbuka dan  tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan terbabit.

“Itu normal. Saya okay sahaja kalau ditanya soalan-soalan sebegitu.

“Saya terbuka, saya okay sahaja untuk menjawab soalan berkenaan. Masih dengan siapa? Masih bahagia ke tak bahagia? Sihat ke tak sihat,  saya okay,” jelasnya.

Akuinya, dia juga teringin untuk mengajak teman wanitanya meraikan raya bersama.

“Ya, saya teringin sangat (bawa kekasih beraya), berhubungan kan ‘best’,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, pelakon drama TV3, Kerana Cinta Itu Dusta memaklumkan bahawa dia akan kembali aktif ke set penggambaran selepas selesai cuti perayaan ini.

“Projek dan lakonan akan bersambung selepas raya, insya-Allah.

“Hari raya ini pihak produksi dan kru pun nak cuti, jadi Alhamdulillah dapat raya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Oct 2021
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Hiburan Fri, 7 Jun 2024

Kes Dakwaan Rogol Mondy Tattoo Digugurkan, Tiada Pendakwaan Diambil Terhadap Ebit Lew – “Saman Tetap Jalan”

Ebit Lew bersyukur kes tak diteruskan, akan tetap saman fitnah Mondy Tattoo

Hiburan Tue, 18 Dec 2018
Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Hiburan Thu, 7 Aug 2025

Wany Hasrita Nasihat Jangan Sibuk Perihal Dalam Kain Orang – “Fokus Perbaiki Diri, Saya Pun Tengah Cuba Ni”

Wany Hasrita minta netizen fokus jaga diri sendiri, jangan sibuk isu rumah tangga selebriti

error: Content is protected !!