Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 16, 2026 @ 11:25am

Ditegur Tak Hormat Tradisi, Aisha Retno Jelaskan Sebab Pakai Korset Di Luar Kebaya

Penyanyi, Aisha Retno tampil memberi respons selepas penampilannya dalam muzik video (MV) lagu raya terbaharu berjudul Jodoh Lebaran menerima kritikan daripada seorang individu di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dilihat membalas komen individu berkenaan yang menegur gaya pakaiannya yang mengenakan korset di bahagian luar kebaya.

Bagaimanapun, Aisha menjelaskan gaya tersebut sudah menjadi identiti fesyennya sejak awal pembabitan dalam industri seni.

“Saya dengar dan faham pandangan awak. Jika ada yang boleh diperbaiki mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan.

“Tapi kalau saya boleh jelaskan, gaya pakaian seperti ini memang sudah menjadi ‘trademark’ saya sejak mula dalam industri walaupun ada yang kata ia melanggar norma,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Aisha berkata dia juga tidak melihat sebarang masalah untuk menerangkan konsep penampilannya namun kurang bersetuju jika ia dianggap tidak menghormati tradisi.

“Saya tidak kisah untuk menjelaskan kenapa saya berpakaian begitu dalam setiap acara. Tapi kalau dikatakan ia tidak menghormati, mungkin boleh jelaskan dengan lebih lanjut bahagian mana yang dianggap tidak menghormati.

“Seperti yang boleh dilihat, lagu ini juga menampilkan elemen Portugis dan joget Melaka,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu meninggalkan komen dengan menyifatkan pemakaian korset di luar kebaya dalam MV tersebut sebagai tidak sesuai.

Malah individu berkenaan turut berpendapat pakaian tradisional seharusnya dikekalkan dalam bentuk asal sebagai tanda menghormati tradisi.

“Maaf cakap, korset di luar kebaya itu sangat tidak cantik. Pakaian lain bolehlah bereksperimen, tapi bila melibatkan pakaian tradisional lebih baik kekalkan tradisinya sebagai tanda hormat.

“Macam terlalu memaksa untuk nampak bergaya,” tulis individu tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Apr 2026
Hiburan Thu, 12 May 2022

AC Mizal & Emylia Rosnaida Hadiahkan Anak Mercedes Benz Sempena Birthday Ke-18

Hadiah kereta mewah buat anak lelaki AC Mizal dan Emylia

Hiburan Mon, 29 Sep 2025

“Mereka Sempat Selamatkan Mulan Daripada Dihempap Motor Elektrik” – Atikah Suhaime Minta Netizen Jangan Salahkan Pembantu Rumah

Atikah Suhaime menjelaskan pembantu rumahnya sempat selamatkan Mulan daripada dihempap motor elektrik

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Nak Elak Sakit Hati Berlakon Di Set Penggambaran, Umie Aida Perlu Teliti Naskhah – “Saya Tak Suka Pelakon Main-Main, Don’t Waste My Time!”

“Kalau dah rasa popular, gunakan nama tu untuk kebaikan bukan untuk mematikan dalam hanyutan pujian,” – Umie Aida

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
Featured Wed, 8 May 2024
error: Content is protected !!