Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 16, 2026 @ 10:43pm

Kenali Hati Budi Timbalan Speaker DUN Selangor, A. Aida Mohon Doa Yang Baik-Baik

“Kami saling mengenali. Saya mohon doakan yang baik-baik. Kalau memang ada jodoh, adalah. Saya hanya mengharapkan yang terbaik.”

Demikian kata penerbit terkenal, Datuk A. Aida, 55, ketika diminta mengulas mengenai status hubungannya dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

Mengakui kini sedang rapat dengan Mohd Kamri, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka masih belum sampai ke tahap yang diharapkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

Menurutnya, faktor usia serta pengalaman hidup solo selama sembilan tahun membuatkan dia tidak mudah untuk mengambil keputusan besar seperti mendirikan rumah tangga sekali lagi.

“Seperti saya katakan, doakan yang terbaik sahaja. Kami memang sudah lama saling mengenali dan dia juga orang Terengganu, tetapi kami baru mula berkawan rapat. Saya pun rakyat di kawasannya memandangkan dia merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Detik Di ICU Ubah Segalanya, A Aida Tampil Berhijab Semula – “Bertudung Sebab Hati”

A. Aida turut mengakui dia selesa berkawan dengan Mohd Kamri yang juga berstatus duda.

“Kami selesa berkawan kerana masing masing hidup solo. Dia seorang duda selepas kehilangan isteri kira kira dua tahun lalu.

“Itu juga sebabnya saya boleh berkawan dengannya kerana saya memang tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan suami orang,” katanya kepada XTRA.

A. Aida ketika ditemui pada majlis berbuka puasa A. Aida Productions di Putrajaya, pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: A Aida Kongsi Detik Tiada Harapan Di ICU, Soalan Anak Buat Hati ‘Tersentap’ Hingga Nekad Bertudung

Sebelum ini, perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff di Instagram yang memuat naik foto A. Aida bersama Mohd Kamri ketika majlis iftar anjuran A. Aida Productions menarik perhatian ramai.

Tampil sedondon mengenakan baju Melayu hitam, Mohd Kamri menjelaskan warna tersebut sememangnya ditetapkan sebagai tema majlis berbuka puasa berkenaan yang bertemakan ‘black and gold’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 May 2026

Fatin Afeefa Tak Kisah Tak Sertai ‘Group’ Keluarga Suami – “Kalau Saya Ada Pun, Tak Ada Manfaat”

Fatin Afeefa menganggap isu tidak dimasukkan ke dalam kumpulan keluarga pihak suami terutamanya di media sosial sebagai perkara normal.

Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Bangunkan Aplikasi Go Eat, Fikry Bantu Suri Rumah Jana Pendapatan

Tahniah Fikry, semoga Go Eat terus sukses!

Hiburan Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Fri, 31 May 2019

‘Seloka Hari Raya’ Bentuk Avatar 3D Himpun Artis Naungan Warner Music Malaysia

Antara yang terlibat dalam pembikinannya terdiri daripada Ajak, Alyah, Amir Hasan, Andi Bernadee, Awi Rafael, Bunga, Ezlynn, Kaka Azraff, Kucaimars, Layla, Pasya dan Yasin.

Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!

error: Content is protected !!