Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 31, 2018 @ 10:59am

Isteri Kedua Ashraf Muslim Bakal Lahir Anak Ketiga

Pelakon Ashraf Muslim mengumumkan isteri keduanya, Wan Sakinah bakal melahirkan anak ketiga mereka pada September depan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 37 tahun ini mahu merahsiakan jantina bayi sehingga dilahirkan.

“Alhamdulillah kandungan isteri dalam keadaan baik dan tunggu masa sahaja. Insya-Allah dijangka bersalin bulan September depan.

“Saya dah tahu jantina anak tapi biarlah rahsia. Bila dia lahir nanti saya akan kongsi sekali dengan nama.

“Bukan apa, takut nanti kita nak lain, dapat lain. Kita nampak lain, keluar lain pula,” ujarnya.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2.

Ashraf turut meluahkan rasa syukur kerana kedua-dua isterinya saling mengambil berat antara satu sama lain dalam memastikan keluarga mereka hidup bahagia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Apa Salah Saya, Asyik Kena Kecam Jer – Boy Iman

“Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” komennya ringkas.

Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

error: Content is protected !!