Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin March 19, 2026 @ 11:18am

Kak KM Sering Belanja Keluarga & Staf Bercuti, Kos Cecah Ratusan Ribu Ringgit – “Cara Saya Nak Gembirakan Orang Sekeliling”

Usahawan sensasi Kak KM berkongsi persiapan sambutan Aidilfitri yang dilihat tidak banyak berubah setiap tahun, namun tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan insan terdekat.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, tradisi utama mereka adalah berkumpul bersama adik-beradik dan anak buah untuk memasak serta menikmati juadah raya secara bersama.

“Setiap tahun memang sama sahaja. Kami akan berkumpul dengan keluarga, masak-masak dan luangkan masa bersama,” katanya.

Menariknya, sambutan raya Kak KM tidak terhenti di situ apabila hari raya kedua tahun ini akan dimanfaatkan untuk bercuti bersama keluarga dan orang sekeliling.

Pada awalnya, Kak KM merancang untuk bercuti bersama Kak Nona selepas hubungan mereka kembali baik, namun perancangan tersebut tidak menjadi kerana masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Memang ada plan nak bercuti bersama Kak Nona, tapi dia ada perancangan lain. Jadi kita teruskan dengan percutian masing-masing dulu, lepas itu baru beraya bersama,” katanya.

Kak KM turut berkongsi, setiap kali bercuti, dia akan membawa bukan sahaja keluarga tetapi juga anak buah dan staf, dengan jumlah keseluruhan mencecah lebih 30 orang.

“Kalau saya bercuti, memang saya bawa semua sekali termasuk staf. Saya yang belanja mereka, itu cara saya nak gembirakan orang sekeliling,” katanya.

Sebelum ini, Kak KM pernah membawa rombongan tersebut bercuti ke Jepun dan Langkawi sebagai sebahagian daripada usaha menghargai mereka.

Menurutnya, segala perancangan percutian akan diurus dengan teliti bagi memastikan keselesaan semua pihak.

“Saya nak semua teratur, dari tiket penerbangan, hotel sampai makanan. Saya pastikan semua cukup dan selesa,” katanya.

Dari segi perbelanjaan, Kak KM mengakui kos yang dikeluarkan agak besar, malah mencecah ratusan ribu ringgit untuk satu trip.

“Untuk ke Jepun, perbelanjaan memang cecah ratusan ribu. Langkawi pula hampir RM100,000,” katanya.

Bagi Kak KM, semua itu berbaloi demi melihat orang sekelilingnya gembira dan dapat menikmati pengalaman bersama yang bermakna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 9 May 2022
Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Sun, 2 Mar 2025

“Denda RM3,000 Terhadap Aliff Aziz, Ruhainies Adalah Hukuman Maksimum Mahkamah Syariah Bagi Kesalahan Khalwat” – Menteri Agama

Menurut Menteri Agama, mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman lebih berat kerana tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Featured Fri, 24 Dec 2021

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi […]

error: Content is protected !!