Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 24, 2026 @ 9:00am

“Dah Umur Macam Ni, Asyik Watak Mak Orang…” – Liza Hanim Akui Tak Rindu Berlakon

Penyanyi terkenal, Liza Hanim mengakui tidak lagi mempunyai keinginan untuk kembali aktif dalam dunia lakonan, apatah lagi dengan komitmennya sebagai ibu kepada lima cahaya mata.

Menurut Liza atau nama lengkapnya, Haliza Hanim Abd Halim, 46, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga dan kerjaya nyanyian yang masih aktif.

“Saya tak rindu pun nak berlakon. Kalau tiada pun tak mengapa. Tapi kalau ada tawaran yang betul-betul tak boleh ditolak, mungkin saya akan pertimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu memaklumkan masih belum menerima tawaran yang dirasakan berbaloi untuk mengorbankan masa dan tenaga.

“Berlakon ini perlukan komitmen yang panjang. Saya pula masih ada anak kecil, jadi kena utamakan apa yang lebih penting.

“Kalau nak saya kembali berlakon, watak itu mesti benar-benar berbaloi dan memberi kepuasan,” jelasnya.

Liza ditemui pada sidang media iklan raya serta majlis berbuka puasa anjuran LOL Entertainment di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Liza turut berkongsi kebanyakan tawaran lakonan yang diterima sebelum ini dilihat kurang mencabar dan bersifat klise.

“Ada saja tawaran, tapi kebanyakannya sama. Bila dah sampai umur macam ini, watak pun tak lari jadi mak orang atau datin.

“Saya bukan pelakon sepenuh masa, jadi kalau nak kembali, saya nak projek yang ada impak,” katanya.

Untuk rekod, Liza kini terlibat dalam sebuah iklan raya hasil kolaborasi Laugh Out Loud Entertainment bersama Milo yang diarahkan oleh Nadhir Nasar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 Jun 2020
Trending Mon, 9 Aug 2021
Trending Thu, 3 Oct 2019

Once Again, Yuna Made Malaysia Proud!

Malaysian pop star Yuna rubs shoulders with Cardi B and Blackpink’s Jennie at Paris Fashion Week

Trending Wed, 6 Oct 2021

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit. “Soalan tentang perkara terbabit adalah […]

Hiburan Tue, 21 Apr 2026

Sabri Yunus Kembali Dengan Karakter ‘Lembut’ Dalam Filem Libang Libu – “Saya Sanggup ‘Bayar’ Untuk Watak Ini”

Kelakar sungguh aksi Sabri Yunus bawa karakter lelaki warga emas berperwatakan lembut dalam filem Libang Libu, memang mencuit hati!

Featured Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

error: Content is protected !!