Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2026 @ 12:14pm

Teruja Berlakon Dengan Idola Zaman Sekolah, Syafiq Kyle Imbau Pertemuan Awal Dengan Que Haidar 20 Tahun Lalu – “Dulu Saya Tengok Dia…”

Pelakon, Que Haidar berkongsi pengalaman menarik ketika menjalani penggambaran filem KL Menjerit 1 lebih dua dekad lalu yang kini menjadi kenangan manis dalam perjalanan seninya.

Menurut Que, ketika penggambaran di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dia menyedari kehadiran seorang remaja sekolah yang setia memerhati dari jauh setiap babak lakonannya.

Katanya, remaja tersebut rupa-rupanya ialah Syafiq Kyle yang ketika itu masih bersekolah, sebelum takdir menemukan mereka semula dalam industri sebagai gandingan adik-beradik menerusi filem Malaikat Malam.

“Saya nak kongsikan satu cerita sewaktu saya menjalani penggambaran KL Menjerit 1 di Kampung Baru, ada seorang budak sekolah yang tengok saya berlakon.

“Budak itu adalah Syafiq Kyle. Dulu dia tengok saya berlakon, sekarang dia pula berlakon dengan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Malaikat Malam.

Sementara itu, Syafiq Kyle berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia masih berada di bangku sekolah menengah sekitar usia 14 hingga 15 tahun.

Katanya, peluang bergandingan dengan Que dalam naskhah sama adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya.

“Waktu itu saya masih bersekolah menengah, mungkin dalam lingkungan umur 14 hingga 15 tahun.

“Bila dapat berlakon bersama, saya rasa teruja kerana dapat bekerja dengan figura yang dulu saya hanya tonton dalam filem seperti KL Menjerit 1,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq turut memuji profesionalisme Que sepanjang penggambaran filem berkenaan.

Menurutnya, walaupun mereka hanya mempunyai tempoh sehari untuk melengkapkan semua babak, Que dilihat sangat bersedia dan fokus terhadap watak.

“Bila bekerjasama dengan Que, saya boleh katakan dia seorang pelakon yang sangat bersedia.

“Kami hanya menjalani penggambaran selama sehari untuk menyiapkan semua babak.

“Dia tahu apa yang dia nak buat dan sebelum mula penggambaran lagi, dia sudah ‘in character’ dengan watak.

“Saya berasa sangat beruntung dapat berlakon bersama Que Haidar,” katanya.

Malaikat Malam merupakan filem terbaharu terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions yang mengisahkan Azam lakonan Syafiq Kyle yang terjebak dalam dunia lumba haram demi merealisasikan impiannya.

Selain Syafiq dan Que, filem arahan Nazifdin Nasrudin itu turut dibintangi Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi serta barisan pelakon lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Duduk Dengan 340,000 Ekor Lebah, Shuib Berjaya Sahut Cabaran ‘Bee Man’

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan kagum dengan keberanian suami kepada penyanyi Siti Sarah itu. 

Events Fri, 6 Sep 2019

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!伴你度过美好的周末

《八度空间嘉年华》节目表新鲜出炉!约定你9月7日及8日,让一众艺人朋友伴你度过美好的周末,共庆中秋佳节庆团圆。

Filem Sun, 19 Apr 2026

Gayong 2 Hadir Dengan Kempen “Tonton & Menang” Menawarkan Baucar Petrol RM300!

Kempen “Tonton & Menang” sempena tayangan Gayong 2 kini sedang berlangsung!

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Siti Nurhaliza Harapkan ‘Terang’ Bantu Pesakit Jantung!

Lagu ini bakal memberi semangat kepada kanak-kanak ini untuk terus kuat dan bersemangat!

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

Trending Wed, 4 Apr 2018

Mat Moto Ini Hampir Digilis Lori Trailer Tapi Terselamat! Ini Tuah Atau Skil?

Penunggang motosikal yang menggelarkan dirinya sebagai Hammy Moto ni memang bertuah!

Selebriti Fri, 15 Sep 2023
Trending Fri, 21 Aug 2020

Netizen Takut Wujud Kluster Langkawi, Gara-Gara Lelaki Gelang Pink Ini

Semoga lelaki gelang pink ini terus patuh SOP

error: Content is protected !!