Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 31, 2026 @ 12:47pm

“Buat Main Anak Orang, Kurang Ajar!” – Abby Abadi Kesal Tindakan Aslam, Fazura Tampil Beri Sokongan

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak meminta dirinya untuk membiarkan anak perempuannya, Marissa Dania berdepan ujian rumah tangga sendirian.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 49, menegaskan sudah dua tahun dia membiarkan anak kesayangannya dihina tanpa belas kasihan.

“Diam saja Abby, biarkan. Dia yang itu ini, dia yang pilih. Eh, dia tu siapa? Yang di maksudkan Marissa kan? Itu anak saya! Bukan batang kayu.

“Dua tahun dah saya biarkan dia di caci, maki, dihamun sesuka hati sebab kelemahan dia sendiri. dah sampai kena talak berkali-kali,” katanya.

Dalam masa sama, Abby turut mempertikaikan tindakan suami Marissa, iaitu Ahmad Aslam yang didakwa mempermainkan perasaan nak perempuannya itu.

“Tak boleh ke saya bersuara. Itu saya saya. Dari kecil saya jaga, makan pakai tempat tinggal elok sempurna.

“Dah besar, kau buat main je anak aku. Kurang ajar sangat tu. Mencabar sangat ni!,” selarnya.

Meninjau ke ruangan komen, turut mencuri tumpuan usahawan dan selebriti, Nur Fazura menitipkan kata-kata sokongan buat Abby agar menghiraukan kritikan netizen, sebaliknya terus fokus dengan caranya tersendiri.

“Semoga Allah mudahkan semuanya kak. You do you. Hanya minta dan ikut petunjuk dari Allah SWT,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, rumah tangga Marissa dan Aslam menjadi tumpuan hangat apabila mereka difahamkan telah cerai pada September 2024 dan Jun 2025, namun difahamkan kedua-duanya kembali rujuk dalam bulan sama.

Sekadar info, Marissa dan Aslam bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 dipercayai tanpa pengetahuan isteri pertama, Umisya Mazlan dan keluarga, termasuklah Norman Hakim dan Abby Abadi.

Artikel Berkaitan: Isu Sijil Nikah Selesai, Peguam Tampil Jelaskan Kekeliruan Perkahwinan Aslam & Marissa Dania

Artikel Berkaitan: “Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Sep 2022
Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Trending Tue, 12 Mar 2024
Hiburan Tue, 19 May 2026

“Budak Sekolah Baling Bullet Stapler, Pensel…” – Atikah Suhaime Trauma Jadi Mangsa Buli Gara-Gara Rambut Kerinting

Atikah mengakui pengalaman itu masih meninggalkan trauma buat dirinya sehingga hari ini.

Trending Tue, 19 Feb 2019

Are You SURE You’re Really Cleaning The Sh*t Out of Your Toilets?

You’ve probably been cleaning your bathroom wrong this entire time! Here are 5 tips to making sure it’s squeaky clean.

Hiburan Tue, 10 Mar 2026

Umie Aida Peluk Erat Betty Rahmad Selepas Dihimpit Kontroversi, Titip Kata Semangat – “Biarlah Ada Yang Membenci…” 

Meskipun wajahnya kelihatan sayu, namun Betty dilihat sedaya upaya untuk kelihatan tenang

error: Content is protected !!