Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 31, 2026 @ 3:14pm

Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

Isteri pertama kepada Ahmad Aslam, Umisya Mazlan tampil memberikan penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang kembali diperkatakan.

Menerusi kenyataan panjang dimuat naik di Threads, Umisya menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang digembar-gemburkan dan memilih untuk tidak mencampuri urusan hubungan suaminya dengan pihak lain.

“Saya sama sekali dah serik dan tak nak masuk campur dengan hal peribadi rumah tangga suami saya dengan pihak sana,” katanya.

Bagaimanapun, dia tampil bersuara selepas mendakwa dirinya, keluarga serta anak-anak menjadi sasaran fitnah dan kata-kata hinaan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan anak-anaknya yang masih kecil turut terkena tempias walaupun tidak bersalah.

Umisya turut menjelaskan sebelum ini dia tidak pernah berkongsi sebarang perkara berkaitan rumah tangganya, namun pendedahan yang dibuat dahulu adalah atas permintaan keluarga pihak sana.

“Sebelum ini saya viralkan perkara tersebut kerana diminta oleh keluarga pihak sana dengan harapan hentikan hubungan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Umisya mendedahkan dia sudah melakukan pelbagai usaha sebelum perkahwinan tersebut berlaku, termasuk memberi nasihat dan berjumpa dengan pihak ketiga serta keluarganya.

Katanya, beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan malah keluarga pihak berkenaan juga dimaklumkan mengenai hubungan itu sebelum perkahwinan Marissa dan Aslam.

“Pada awalnya keluarga pihak sana tak percaya perkara itu tidak sehingga saya sertakan bukti, barulah mereka memberi respon,” katanya.

Mengulas lanjut, Umisya berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima perkahwinan kedua Aslam dan berhasrat untuk bercerai.

Namun, keputusan tersebut ditangguhkan selepas diminta oleh keluarga mentua untuk mendapatkan pandangan kaunselor sebelum membuat keputusan.

“Saya cuba yang terbaik demi anak-anak saya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian memberi peluang untuk menerima situasi poligami tersebut dengan mengambil kira tanggungjawab suaminya sebagai bapa kepada anak-anak.

Dalam kenyataan sama, Umisya menegaskan dia tidak menyokong sebarang perbuatan yang salah atau melanggar batas.

“Saya tidak akan menyokong perkara yang salah, kerana tahu batas dan hukum,” katanya.

Pada masa sama, Umisya turut memperbetulkan dakwaan berhubung status perkahwinannya apabila mendedahkan dia pernah bercerai dengan suaminya sebelum ini.

Menurutnya, perceraian itu berlaku susulan lafaz taklik oleh suaminya berkaitan isu tertentu.

“Saya dilafaz taklik, jika bercakap mengenai perkara itu lagi, kami akan bercerai. Disebabkan pelanggaran taklik itu, kami berpisah,” katanya.

Umisya menjelaskan perceraian tersebut bukan disebabkan faktor lain seperti yang diperkatakan di media sosial.

Mengakhiri kenyataan, Umisya memohon maaf atas penjelasan yang dibuat dan berharap perkara itu tidak lagi disalah tafsir.

“Yang baik dari Allah dan yang tidak baik dari saya sendiri,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Jul 2019

PU Riz ‘Anak Emak’ ke?

Emak segalanya bagi saya.

Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Hiburan Sun, 12 Apr 2026

Tunai Hajat Peminat, Siti Nurhaliza Hidupkan Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Dalam Suasana Meriah, Syahdu & Penuh Nostalgia

Kemeriahan Aidilfitri jelas terasa apabila ribuan peminat membanjiri Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Sandra Merajuk Bawa Diri Kerana Lagu Tak Laku?

Peminat tidak mahu menerima perubahan yang cuba dibawa Sandra. Namun, dia akan sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan vokalnya yang sebenar.

Trending Thu, 25 Feb 2021
Featured Fri, 3 Jan 2025
error: Content is protected !!