Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 12, 2026 @ 8:56pm

Tunai Hajat Peminat, Siti Nurhaliza Hidupkan Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Dalam Suasana Meriah, Syahdu & Penuh Nostalgia

Kemeriahan Aidilfitri jelas terasa apabila ribuan peminat membanjiri Pentas Eksklusif Aidilfitri Beraya Dengan Saya Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekali gus menjadikan malam tersebut bukan sekadar persembahan muzik, tetapi satu perayaan penuh emosi yang dikongsi bersama.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, Jumaat lalu, Biduanita Negara menunaikan hajat peminat untuk menyaksikan persembahan eksklusif rangkaian lagu raya popular nyanyiannya. Dihadiri hampir 3,000 peminat, suasana meriah ibarat rumah terbuka besar-besaran apabila peminat Siti hadir berpakaian Raya warna-warni.

Sebelum persembahan bermula, Siti dan pihak pengurusan menyediakan juadah hari raya yang lazat sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang menyokong dan membeli tiket.

Sejak pembukaan lagi, suasana sudah ‘panas’ dengan Lip Lap Hari Raya yang tampil berbeza apabila diserikan kehadiran Aafiyah dan Afwa di awal persembahan. Momen santai itu bukan saja mencuit hati, malah memberi sentuhan kekeluargaan yang cukup dekat dengan jiwa penonton.

Tidak mengambil masa lama untuk mengikat emosi, Siti kemudian membawa penonton mengimbau kenangan menerusi medley klasik seperti Menjelang Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Pulang Di Hari Raya. Susunan lagu yang tersusun kemas membuatkan setiap peralihan terasa lancar tanpa memutuskan ‘mood’ raya yang sudah dibina sejak awal.

Memasuki segmen seterusnya, aura bertukar lebih syahdu apabila Sesuci Lebaran dan Air Mata Syawal dipersembahkan dengan penuh penghayatan. Vokal Siti yang konsisten dan emosi yang sampai kepada penonton membuatkan suasana dewan seketika bertukar hening.

Namun, antara momen paling mencuri perhatian pastinya Mekar Di Hari Raya. Lagu yang sinonim sebagai ‘killer song’ itu berjaya dibawakan dengan cemerlang, sekali gus membuatkan peminat seolah-olah ‘puas’ menyaksikan kehebatan vokal Siti secara langsung.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan persembahan tersebut antara highlight utama malam itu.

Siti turut bijak bermain emosi apabila menggabungkan elemen spiritual dan nostalgia menerusi Suara Takbir dan Dendang Perantau, menjadikan perjalanan konsert terasa lengkap dari segi rasa dan makna Aidilfitri.

Kehadiran Aisha Retno sebagai artis undangan pula menyuntik elemen segar. Lagu Jodoh Lebaran berjaya menghidupkan suasana lebih santai, apatah lagi apabila Siti sempat melayan trend tarian lagu tersebut selepas bertukar busana, mencetuskan sorakan penonton.

Duet Raya Nak Ke Mana antara Siti dan Aisha juga tidak kurang mencuri perhatian. Lagu yang pernah menjadi perhatian sebelum ini terus mendapat sambutan hangat, membuktikan gabungan dua generasi ini mempunyai daya tarikan tersendiri.

 

Konsert diteruskan dengan Anugerah Aidilfitri dan Hari Kemenangan, sebelum Siti membawa segmen nostalgia bersama bakat di bawah naungannya, Umairah dan Auddra.

Penampilan mereka memberi warna tambahan selain memperlihatkan usaha melahirkan pelapis baharu industri.

Penonton kemudian sekali lagi dibuai emosi menerusi medley Dari Jauh Kupohon Maaf dan Kepulangan Yang Dinanti, sebelum malam penuh bermakna itu dilabuhkan dengan Nazam Lebaran dan Beraya Dengan Saya dalam suasana cukup meriah.

Secara keseluruhan, konsert ini bukan sekadar himpunan lagu raya, tetapi satu pengalaman yang menyatukan kenangan lama dan elemen baharu dalam satu pentas. Siti membuktikan dirinya bukan hanya seorang penyanyi, tetapi figura yang mampu menghidupkan suasana dan menyentuh hati peminat dalam setiap persembahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Jan 2022

“Ada Yang Sanggup Jemput Guna Jet Peribadi” – Tolak Tawaran Menyanyi di Filipina, Min Yasmin Jaga Sensitiviti

Membina nama di Filipina, penyanyi Min Yasmin, 33, berada di kelas tersendiri dan diterima oleh ramai peminat di negara terbabit. Pernah mengadakan beberapa siri konsert yang mendapat sambutan meriah, kerjaya Min di Filipina agak perlahan […]

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki […]

Events Sat, 22 Jan 2022
Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara

Sebelum ini pernah di hukum penjara akibat merompak seorang pembantu rumah kira-kira 6 tahun dulu di Ampang, Selangor.Tuduhan terbaru pula menyebabkan kematian seorang wanita ketika memecah masuk ke rumah mangsa Februari dulu.

Contest Tue, 6 Aug 2019

MyeongDong Topokki Challenges Your Taste Buds with Pedasss Chick-Yun Challenge!

Do you think you have what it takes to take on the ultra spicy chicken ramyun exclusively from MyeongDong Topokki?

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Bila Pakar Cinta Dah Penat Bercinta…

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel. Tak apalah Riri, kumbang bukan seekor kan? Cuba lagi!

error: Content is protected !!