Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal April 23, 2018 @ 10:29am

Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara

Sebelum ini, dia pernah dihukum penjara akibat merompak seorang pembantu rumah kira-kira 6 tahun lalu di Ampang, Selangor.

Bekas gitaris Ekamatra bakal berdepan hukuman penjara maksimum selama 30 tahun! Dalam pada itu, dia turut mengaku bersalah terhadap tuduhan kematian seorang wanita ketika memecah masuk ke rumah mangsa Februari dulu.

Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44 dikatakan mengaku bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Najwa Che Mat, hari ini.

Tuduhan kali ini didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian ke atas Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk penetapan hukuman ke atas Md Nurul Azman.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Alor Setar pula, Md Nurul Azman mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan pecah rumah di Taman Lumba Kuda, Alor Setar. Dia didakwa memecah masuk ke rumah milik Nimal De Silva, 70, pada 9.30 pagi hingga 10 pagi, 5 Disember 2016. 

Tertuduh meminta dibicarakan apabila kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya dan mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu serahan dokumen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Wed, 7 May 2025
Hiburan Thu, 31 May 2018

Tak Tahan Dikecam, Akhirnya Faiz Roslan…

Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG (Instagram), macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. 

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

Featured Mon, 8 Sep 2025

Hamil 4 Bulan, Alif Satar Bangga Isteri Berjaya Tamatkan Larian 10 Kilometer

Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid, 41, berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer.

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tunjuk Cincin Dan Inai Dijari, Tash Yong & Boss Kay Mengaku Sudah Bernikah

Hmm betul ke dah kahwin? Ada yang kata content semata-mata

error: Content is protected !!