Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 31, 2026 @ 5:09pm

Bahagikan Masa Belajar Dengan Kerjaya Seni, Alyssa Dezek Cemerlang Raih ‘Sraight A’ SPM 2025 – “Kelas Dalam Talian Banyak Bantu Saya”

Walaupun sibuk membahagikan masa dalam kerjaya seni dan pelajaran, penyanyi muda yang semakin mencuri perhatian, Alyssa Dezek, 18, membuktikan dua bidang itu boleh bergerak seiring apabila berjaya memperoleh keputusan ‘straight A’ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan hari ini.

Pencapaian tersebut bukan sahaja menggembirakan keluarga dan peminat, malah menjadi dorongan kepada golongan muda bahawa pendidikan tidak seharusnya diketepikan walaupun sibuk dengan dunia hiburan.

Alyssa yang juga merupakan Ikon PTTI berkongsi, antara faktor utama kejayaannya adalah disiplin serta konsistensi dalam mengikuti pembelajaran yang teratur menerusi platform digital.

Sepanjang membuat persediaan menghadapi SPM, dia mengikuti kelas dalam talian bagi kesemua sembilan mata pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Selepas Raih 6A Dalam Trial SPM, Alyssa Dezek Nekad Buktikan Kejayaan Hasil Usaha Sendiri

Pendekatan itu disifatkan banyak membantu dalam memahami topik dengan lebih mendalam, selain memudahkan pengurusan masa di tengah jadual seni yang padat.

“Saya bersyukur dengan keputusan yang diperoleh. Perjalanan ini memang mencabar sebab saya perlu seimbangkan komitmen dalam bidang seni dan pelajaran. Namun saya yakin, dengan disiplin dan kaedah belajar yang betul, kita mampu capai apa yang diimpikan,” katanya.

Dalam masa sama, Alyssa turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa, para guru serta platform tersebut yang sentiasa memberi sokongan sepanjang tempoh pembelajarannya.

“Platform tersebut banyak bantu saya kekal fokus. Kelas yang fleksibel dan teknik pembelajaran yang mudah faham sangat membantu. Saya memang sertai semua kelas untuk sembilan subjek dan itu antara faktor utama saya dapat keputusan cemerlang,” kongsinya.

Kejayaan yang diraih Alyssa turut memperlihatkan kepentingan pembelajaran digital sebagai alternatif berkesan dalam membantu pelajar mencapai prestasi terbaik, khususnya dalam era yang menuntut fleksibiliti dan akses tanpa had.

Sebagai figura muda yang berjaya menyeimbangkan dunia hiburan dan akademik, Alyssa menjadi contoh positif kepada remaja Malaysia untuk terus mengejar ilmu tanpa mengabaikan potensi diri dalam bidang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Berniagalah Dengan Betul” – Siti Nurhaliza Berang Gambarnya & Suami Jadi Bahan Iklan Palsu

Siti Nurhaliza terkilan segelintir peniaga berniaga menggunakan iklan palsu yang mengaitkan dirinya dan suami.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Suntik Budaya Silat & Keunikan Bandar Sejarah Melaka, Animasi Popular Mechamato Movie Bakal ‘Gegar’ Pawagam Pada 8  Disember Ini!

MechaBot, Mechanize!!! Jom kita gegarkan panggung wayang tonton Mechamato 8 Disember ni, confirm enjoy sampai habis 🤩

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Ameer Forteen Kini Berstatus Suami, Selamat Pengantin Baru!

Semoga bahagia hingga ke Jannah, Amin!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Faham Situasi Haqiem Rusli, Hanez Suraya Pernah Kemurungan?

Saya rasa sakit, malah ketika itu berat badan turun mendadak hingga ramai yang menegur mengenai perubahan fizikal dialami. Walaupun saya berselera untuk makan, tetapi badan tetap kurus. Ia membuatkan saya jadi paranoid, sehinggalah doktor mengesahkan saya mengalami gangguan kebimbangan.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Wed, 18 Dec 2019
error: Content is protected !!