Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 2, 2026 @ 4:30pm

“Dah Rendahkan Ego, Tapi…” – Lan Solo Kecewa Rody Masih ‘Dingin’, Impian Bersatu Dalam Konsert Kristal OG Terkubur

Penyanyi, Lan Solo mengakui sudah mengetepikan ego demi menjernihkan hubungan dengan gitaris utama kumpulan Kristal, Rody, namun usahanya itu tidak berbalas seperti diharapkan.

Menurut Lan atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 40, dia sendiri mengambil langkah pertama untuk menghubungi Rody bagi membincangkan peluang bekerjasama semula menerusi konsert Kristal OG.

Namun, respon yang diterima agak hambar apabila Rody didakwa kurang memberi maklum balas dan sering menangguhkan perbincangan.

“Apabila pertama kali dapat tawaran ini, dia orang pertama yang saya cari dan hubungi. Saya memang nak jumpa dia sebab dah lama tak bersemuka, hampir sembilan tahun. Bagi saya, lebih baik berbincang depan-depan daripada WhatsApp.

“Tapi hari demi hari, jawapan yang saya terima hanya ‘nanti fikir’ dan alasan sibuk. Dari Jun 2025 saya cuba hubungi sampai Julai, hampir Ogos, akhirnya saya ambil keputusan untuk berhenti mencuba,” katanya.

Lan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media konsert Kristal OG sempena meraikan 25 tahun perjalanan seni kumpulan tersebut di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Disebabkan sudah lama terputus hubungan, Lan berkata dia mendapatkan nombor telefon Rody melalui adiknya, Acap.

“Saya ambil nombor daripada Acap sebab kami memang dah lama tak berhubung. Bila saya hubungi, tak berjawab, mungkin dia tak kenal nombor saya.

“Tapi dia ada WhatsApp tanya siapa. Dari situ saya perkenalkan diri dan beritahu tujuan saya nak bincang satu projek,” ujarnya.

Tambah Lan, niatnya hanya satu iaitu untuk memperbaiki hubungan lama selain memenuhi harapan peminat tegar yang mahu melihat mereka kembali bersatu sebagai tonggak utama Kristal.

“Saya dah ketepikan ego sebab rasa ini masa yang sesuai. Tapi agak kecewa bila ia tak jadi seperti dirancang. Ramai yang nak tengok kami bersama semula,” katanya.

Bagaimanapun, Lan tetap menghormati pendirian Rody dan memilih untuk terus fokus terhadap konsertnya yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei depan.

“Bohong kalau saya kata tak kecewa. Ini memang jalan pertama yang saya pilih, nak jadikan konsert ini satu memori indah buat Kristal.

“Tapi bila tak jadi, saya anggap belum ada rezeki. Saya kena teruskan dan hormati keputusan dia,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, kemelut antara dua sahabat ini mula tercetus pada 2017 apabila Lan mengambil keputusan untuk menyertai sebuah program nyanyian.

Susulan itu, Rody mengambil keputusan ‘merehatkan’ Lan dan mencari vokalis baharu, sekali gus membawa kepada pengunduran Lan daripada kumpulan Kristal.

Bercerita mengenai konsert Kristal OG – 25 Tahun Dalam Satu Malam’ Lan Solo berkata mereka menjanjikan persembahan pada malam tersebut akan menjadi paling epik dan bersejarah.

“Konsert kali ini sangat istimewa berbanding sebelum ini. Kami pasti ‘all out’ dan akan membawakan lagu-lagu yang pernah dirakamkan daripada album pertama sehingga ke-13.

“Lagu-lagu dalam album tersebut termasuk karya yang dirakam ketika Kristal dianggotai oleh ahli lain seperti Rody, Izal, Joe, Acap, Amai, Ainol, Ejan dan ramai lagi,” katanya.

Sebanyak 40 buah lagu bakal dibawakan pada malam konsert itu, selain segment tribute khas kepasa sifu, penyanyi Datuk Awie.

Konsert Kristal OG – 25 Tahun ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kasih KhaiRosma dengan kerjasama Blavia dan Andromeda Event sebagai penganjur acara.

Penghargaan turut diberikan kepada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures atas sokongan berterusan terhadap pembangunan industri kreatif menerusi Dana Kandungan Kreatif – Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

Peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini boleh mendapatkan tiket melalui pautan rasmi https://blaviaofficial.com/pages/kristalog

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 15 Jul 2018

Tahniah! Perancis Juara Piala Dunia 2018

Perancis mengulangi sejarah 20 tahun lalu apabila sekali lagi muncul sebagai Juara Piala Dunia 2018. Terbaiklah!

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah.

Trending Thu, 22 Apr 2021

Scha Alyahya Akui Jarang Ada Masa Dengan Awal Ashaari?

Tapi love sangat couple ni! Dia punya stylo tu jangan cakap lah…♥

Featured Fri, 18 Mar 2022

“Perasaan Saya Awalnya Berbolak-Balik.. Sehinggalah Terjumpa Video Penghijrahan Nabil Ahmad” – Asfan Shah

Bukan mengikut ‘trend’, Asfan Shah mengakui terjentik hati selepas menonton luahan dan perjalanan hijrah pengacara Nabil Ahmad

Trending Mon, 3 Jan 2022

Avaa Vanja Berjaya Dapatkan Hak Penjagaan Sementara & Injunksi Bagi Menghalang Anak Dibawa Keluar Negara

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas. Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti […]

Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Fri, 6 Dec 2024
Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Hiburan Thu, 21 Nov 2024
error: Content is protected !!