Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2026 @ 5:21am

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Penyanyi Nabila Razali mencuri perhatian apabila berkongsi satu pengalaman mengejutkan yang berlaku ketika bertemu peminat.

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, pelantun Peluang Kedua itu berkongsi situasi yang berlaku apabila seorang peminat wanita datang bersama suaminya untuk mengambil gambar.

“Tadi ada orang datang nak amik gambar dengan saya, si isteri datang kata ‘Nabila Razali kan?’ Saya pun iya kan aje dan senyum. Lepas tu, dia kata ‘ha suamilah yang nampak tadi. Dia kata ada artis’.

“Si isteri pun tanya ‘artis yang mana?’. Sang suami pun jawab ‘ala, artis yang suara chipmunk tu’.

“Si isteri ceritakan balik apa yang suami dia kata kat Bella dan ketawa kecil dan Bella pun tengok je muka akak tu. Sebab terkejut,” tulis Nabila yang turut berkongsi mengenai kejadian itu di ruangan Instagram Stories.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Mereka Pun Tak Ada ‘Point'” – Kelemahan Vokal Diungkit, Nabila Razali Tak Ambil Hati

Perkongsian itu turut disertakan dengan persoalan yang diajukan kepada pengikutnya mengenai situasi tersebut.

“Korang, is this normal? Dah berkurang ke orang yang cakap berlapik ni? Haha. Tanya dengan nada ingin tahu. Sumpah tak marah, cuma petaklah kejap muka saya tadi,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Tak Sabar Nak Raya itu kemudiannya tampil menenangkan keadaan dengan satu lagi hantaran susulan.

“Okay dah korang. Jangan marah marah. Akak tu dah minta maaf. Betullah apa yang Bella cuba untuk husnuzon kan tadi. Kakak tu tak sengaja. In fact, akak tu minat Bella lagi. Alhamdulillah terima kasih kak. Maafkan saya yang terus ke conclusion sendiri,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Bertudung Singkat, Berkain Jarang Jadi Perhatian… Nabila Razali Akui Masih Perbaiki Diri

Dalam masa sama, Nabila turut berkongsi paparan tangkap layar perbualannya bersama wanita tersebut yang tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-kata.

Menerusi mesej berkenaan, wanita itu menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat suaminya adalah spontan tanpa niat untuk menyinggung perasaan, selain memohon maaf kerana telah menjejaskan mood penyanyi itu.

Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa mereka sekeluarga merupakan peminat Nabila sejak dahulu, selain berharap penyanyi itu terus berjaya dalam industri seni.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025
Hiburan Tue, 25 Dec 2018

Tiket ‘Laku Keras’, Konsert BLACKPINK Tambah Sehari Lagi

Jangan lepaskan peluang lagi tau! Jom dapatkan tiket segera di www.mccpiepro.com.

Trending Sun, 9 Dec 2018

约会对象会让你变胖?研究:对方的长相影响食量

你常常在约会的时候不小心吃太多吗?

Featured Tue, 20 Dec 2022

Peminat Cemburu Lihat Kakak Aliff Syukri Satu Flight Dengan Aktor Korea Lee Jae Wook – “Peh, Jealous Ah!”

Umum mengetahui, aktor korea Lee Jae Wook selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi mengadakan sesi pertemuan bersama peminatnya di Malaysia. Ketibaannya itu telah disambut meriah oleh rata-rata peminat yang sanggup […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Angeline注册结婚啦!

One FM Angeline与交往近两年的男友Andrew BB今日(18日)注册结婚,开花结果啦!

Trending Mon, 16 Aug 2021
Hiburan Tue, 15 Apr 2025

[VIDEO] Majlis Bersiram Erissa Puteri Penuh Emosi, Momen Bersama Ibu Bapa Buat Ramai Sebak – “Lepas Ni Dah Bertukar Tanggungjawab”

Bapa Erissa Puteri gagal tahan air mata, berat hati nak lepaskan anak kepada bakal suami

Hiburan Thu, 17 May 2018

Janna Nick Makin ‘Membawang’ Lepas Jadi Hos Melodi

Amboi dah boleh join makcik makcik bawang lah kalau macam nie

error: Content is protected !!