Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2026 @ 6:35am

Lebih Setahun Jalin Hubungan… Ahirine Ahirudin, Hafidz Hamid Letak Sasaran Kahwin

Pelakon Ahirine Ahirudin dilihat semakin serius dalam hubungan cintanya apabila merancang untuk melangkah ke fasa perkahwinan bersama jejaka pilihan hati, Hafidz Hamid yang juga atlet berbasikal.

Menurut Hafidz, mereka masih perlu meneliti komitmen kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan seterusnya.

“Insya-Allah kami sedang merancang ke arah itu dan cuba percepatkan apa yang perlu supaya tidak timbul pelbagai tanggapan negatif.

“Tahun ini agak mencabar kerana saya sendiri ada beberapa komitmen kerja dan perkara yang perlu diselesaikan.

“Jadual kami juga padat, jadi kalau semuanya berjalan lancar, mungkin perancangan itu dapat direalisasikan tahun depan,” katanya kepada XTRA.

Hafidz dan Ahirine ditemui pada malam gala filem Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Mid Valley Megamall, baru-baru ini.

Tambah Hafidz, hubungan mereka kini semakin kukuh apabila kedua-duanya sudah saling mengenali keluarga masing-masing.

“Alhamdulillah, saya semakin mengenali Ahirine termasuk keluarganya dan dia juga sudah kenal keluarga serta latar belakang saya.

“Setakat ini semuanya berjalan baik dan kami melihat hubungan ini boleh dibawa ke peringkat seterusnya,” katanya.

Dalam masa sama, Hafidz mengakui mereka lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi bagi mengelakkan spekulasi yang tidak tepat.

“Dalam keadaan sekarang, orang luar tetap akan bercakap walaupun bukan netizen. Bila kita buka ruang, macam-macam andaian boleh timbul.

“Jadi lebih baik kami hadkan perkongsian supaya perkara yang tidak benar tidak terus tersebar,” katanya.

Mengulas lanjut, Hafidz berkata hubungan mereka sudah terjalin lebih setahun dan bermula daripada minat yang sama dalam sukan berbasikal.

“Hubungan kami sudah lebih setahun, kira-kira setahun dua bulan. Kami sebenarnya sudah lama kenal sejak dia aktif dalam sukan berbasikal sebelum beralih ke Muay Thai.

“Saya sendiri bekas atlet berbasikal, jadi dari situ kami mula rapat. Jarang jumpa individu yang menarik dalam dunia itu, dan dari situlah saya mula mengenalinya,” katanya.

Sebelum ini, hubungan Ahirine dan Hafidz mula menjadi perhatian apabila kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi momen bersama di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Mon, 14 Oct 2019
Hiburan Wed, 6 May 2026

“Cantik Saja Tak Cukup” – Anzalna Nasir Nasihat Para Wanita, Jadi Isteri Kena ‘Full Package’ Dalam Rumah Tangga

Anzalna sempat berseloroh apabila menyifatkan suaminya, Hanif Zaki, sebagai insan bertuah kerana memiliki dirinya sebagai isteri.

Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Fri, 10 Jun 2022
Hiburan Wed, 13 Dec 2017

APLIKASI SHAZAM KINI BERSAMA APPLE

Lepasni, kesemua pengguna dan penggemar jenama Apple dan Shazam boleh memuat naik terus lagu-lagu kegemaran mereka sepantas yang mungkin

Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

Featured Mon, 21 Feb 2022
error: Content is protected !!