Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 6, 2026 @ 1:40pm

“Cantik Saja Tak Cukup” – Anzalna Nasir Nasihat Para Wanita, Jadi Isteri Kena ‘Full Package’ Dalam Rumah Tangga

Pelakon, Anzalna Nasir, berpendapat kecantikan semata-mata bukan jaminan untuk membina rumah tangga bahagia, sebaliknya seseorang wanita perlu serba boleh dalam menguruskan keluarga.

Menurut Anzalna, wanita juga perlu bijak menjaga anak, memasak serta mengurus rumah tangga bagi melengkapkan peranan sebagai isteri.

“Dalam rumah tangga, cantik saja tak cukup. Kena pandai jaga anak, pandai memasak, pandai mengemas jadi isteri solehah. Pendek kata full package baru berbaloi,” katanya menerusi sesi Ask Me A Question di Instagram Story miliknya.

Dalam pada itu, Anzalna sempat berseloroh apabila menyifatkan suaminya, Hanif Zaki, sebagai insan bertuah kerana memiliki dirinya sebagai isteri.

“Contoh macam abang Hanif tu, memang jackpot dia dapat akak. Akak semua boleh buat, done angkat bakul. Siap pandai paw suami level pro,” selorohnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Featured Tue, 2 May 2023
Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Wed, 4 Feb 2026

Kongsi Pengalaman Jadi ‘Rider’, Ezzaty Abdullah Cakna Kepentingan Perlindungan – “Saya Pernah Nampak Sendiri Kemalangan Melibatkan….”

Ezzaty Abdullah menyifatkan pengalaman menjayakan watak sebagai pemandu p-hailing sebagai satu ‘peringatan’

Hiburan Fri, 25 Jul 2025
Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Sat, 21 Dec 2024
error: Content is protected !!