Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 5, 2026 @ 5:16pm

Sarah Yasmine Tuntut Didi & Bella Astillah Tunai Janji Tertangguh 2 Tahun – “I Am Sick & Tired Of This”

Personaliti media sosial Singapura, Sarah Yasmine, 26, menuntut penjelasan daripada penyanyi, Bella Astillah dan Didi Astillah berhubung satu janji yang didakwa masih belum dilunaskan sejak dua tahun lalu.

Menerusi kemaskini di aplikasi Threads, Sarah mempersoalkan tindakan dua beradik itu yang didakwa pernah memberikan jaminan tertentu kepadanya, namun sehingga kini perkara itu masih belum dilunaskan.

“Assalamualaikum Bella dan Didi, saya harap kamu berdua sihat-sihat sahaja. Sekarang pun sudah bahagia, kan? Alhamdulillah.

“Saya cuma ingin bertanya, bila kamu berdua akan menunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya? Sudah dua tahun saya menunggu perkara ini.

“Kalau kamu boleh beritahu ibu saya secara berdepan bahawa saya bukan seorang penyondol, kenapa selama dua tahun ini kamu tidak menyatakannya secara terbuka?” tulisnya.

Screenshot

Dalam hantaran sama, Sarah mendedahkan dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk kecaman dan ugutan, demi menjaga keadaan serta pihak tertentu.

Menurutnya, situasi yang berlarutan itu turut memberi kesan kepada anak-anaknya.

“Saya sudah terlalu lama berdiam diri. Saya telan segalanya. Kecaman, ugutan, ugutan pemerasan, semuanya demi menjaga keadaan.

“Apa yang saya lakukan bukan hanya untuk kamu berdua, tetapi juga demi kesejahteraan anak-anak kamu. Bagaimana pula dengan anak-anak saya? Apa pula nasib mereka?

“Ejekan semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal. Jadi kenapa kamu masih tidak melakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Sarah menegaskan sepanjang isu tersebut, dia tidak pernah menuntut apa-apa selain mahu melindungi nama baik dirinya dan anak-anak.

Jelasnya, dia tidak menolak kemungkinan untuk mendedahkan perkara sebenar sekiranya tiada sebarang tindakan diambil oleh kedua-dua penyanyi itu.

“Dari awal sampai sekarang, saya tidak pernah meminta apa-apa selain melindungi anak-anak saya dan nama baik saya demi mereka.

“Jadi saya benar-benar ingin tahu, kenapa kamu berdua tidak melakukan perkara yang sama selepas semua yang telah saya lakukan apabila kamu meminta bantuan?

“Saya sudah penat dan muak hidup dalam keadaan begini. Sama ada kamu berdua akhirnya bercakap benar seperti yang kamu katakan kepada ibu saya atau saya sendiri akan mendedahkan perkara sebenar demi masa depan anak-anak saya,” tulisnya.

Sebelum ini, nama Sarah menjadi perhatian ramai selepas mengaku dirinya sebagai kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz yang juga bekas suami Bella.

Pendedahan itu dibuat kerana dia tidak sanggup melihat penyanyi tersebut terus dikecam susulan kes ditahan berkhalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac 2024.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Sep 2025
Trending Thu, 25 Feb 2021
Featured Tue, 19 Jul 2022

“Saya Tak Perlukan Harta Benda, Cukup Bagi Perhatian” – Nadya Syahera Akui Rumah Tangga Bergolak Gara-Gara…

Luahan hati seorang isteri 🥲 Apapun, min doakan semoga hubuangan Nadya dan suami akan bertambah baik ❤️

Contest Mon, 22 Jan 2018

#xtra好康头 | 送你《GoGo旺得福》贺岁专辑+红包封还不够!加码多送Jasmine新阳香米

[xtra好康头] 配合2018年戊戌狗年的到来,xtra除了将送你《GoGo旺德福》贺岁专辑以及限量版红包封外,还会加码多送10KG Jasmine新阳香米,与大家一起倒数迎接“旺得福”的到来!

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

Trending Wed, 8 Feb 2023
Featured Mon, 23 Aug 2021
Trending Thu, 10 Oct 2019

Katy Perry dan Orlando Bloom Langsungkan Perkahwinan Disember Ini

Sempat putus beberapa kali, akhirnya Katy Perry dan Orlando Bloom Bakal Menikah…

Trending Wed, 3 Feb 2021

Gementar Tamat Zaman Solo, Intan Ladyana Sempat Turun Padang Jumpa…

Selepas setahun menjalin hubungan mesra, pelakon Intan Ladyana mengakui berdebar untuk menamatkan zaman solo dengan kekasihnya, pelakon Harris Alif pada hujung minggu ini. Difahamkan, majlis pernikahan Intan yang bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

error: Content is protected !!