Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 8, 2026 @ 7:56am

Zizi Kirana Kongsi Momen Bersama Ibu Bapa Yusuf Bahrin – “Abah & Mak Tetap Menjadi Orang Tua Saya Sampai Bila-Bila”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana, 41, menarik perhatian apabila berkongsi sekeping foto bersama ibu bapa mentuanya dan keluarga di aplikasi Threads, semalam.

Dalam gambar tersebut, Zizi tampil berpurdah dan mengenakan busana serba hitam, duduk di tengah bersebelahan ibu mentuanya.

Zizi, 41, meluahkan harapan agar hubungan baik yang terjalin antara mereka terus kekal, walaupun dirinya tidak lagi bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

“May Allah keep the good between us and place barakah in every memory,” tulisnya.

Perkongsian itu bagaimanapun tidak menampilkan kelibat Yusuf, sekali gus mencetuskan perhatian dalam kalangan pengikut.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Zizi Kirana Syukur Urusan Cerai Selesai – “Terima Kasih Semua”

Malah, Zizi turut membalas komen di Threads dengan menegaskan hubungan sebagai menantu tidak akan terputus.

“Abah dan mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila,” balasnya.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil disahkan bercerai talak satu secara raji’e dengan Yusuf di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 10 Sep 2019

Perkongsian Dr Amalina, Ini Respons WIN Dari-nya

saya kembali dan akan terus berkongsikan maklumat perubatan, dah bersedia ke ?

Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

Gambar Tidak Bertuding Tersebar, Izreen naik angin!

Mendakwa ada pihak tertentu yang cuba memfitnah dirinya dengan menyebarkan gambarnya tidak bertudung di laman sosial,naik angin

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Trending Tue, 19 Mar 2019
Events Tue, 9 Jul 2019

不排除来马取景拍MV!伍佰想挑战演「女生」

伍佰新歌《最美的时刻》MV过足戏瘾,直言想挑战饰演女生,并不排除将来会在大马取景拍摄!

Events Wed, 3 Apr 2019
Featured Tue, 5 Nov 2024

Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin

Perbicaraan tuntutan hak penjagaan anak akan ditetapkan tidak lama lagi. Doakan yang baik-baik buat Faz dan Fattah Amin!

error: Content is protected !!