Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 10, 2026 @ 1:04pm

Reen Rahim Akui Pernah Bernazar Mohon Anak, Kini Lebih Tenang Bertudung – “Saya Akan Cuba Jadi Lebih Baik Dalam Menutup Aurat”

Pelakon, Reen Rahim, mendedahkan detik perubahan dirinya untuk menutup aurat bukan berlaku secara drastik, sebaliknya melalui proses dalaman yang perlahan dan penuh makna.

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Reen berkongsi bahawa doa suaminya ketika berada di Tanah Suci menjadi antara faktor yang memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

“Suami saya berdoa sangat-sangat depan Kaabah ketika itu. Alhamdulillah kami dah dijemput ke sana empat kali dan sepanjang itu suami saya berdoa isteri dia menutup aurat,” katanya.

Menurut Reen, selepas berkahwin dia mula merasakan perubahan dalam dirinya apabila timbul rasa malu untuk berpakaian terdedah, meskipun suaminya tidak pernah mengongkong.

“Saya perasan lepas kahwin saya dah cuba untuk menutup kulit dengan sendirinya. Awal-awal dulu saya dah ada malu… suami saya tak kongkong, dia tak kisah saya pakai pendek tapi tak tahu apa dalam hati dia,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sebenarnya pernah memasang niat untuk berubah sekiranya dikurniakan zuriat, namun perkara itu tidak menjadi seperti dirancang.

“Saya pernah cakap dengan suami, kalau saya mengandung saya nak tutup aurat… tapi saya lupa niat itu dan selepas itu tak mengandung lagi,” katanya.

Namun, kepulangannya daripada satu menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini seolah-olah membuka pintu hatinya untuk berubah tanpa diduga.

“Tetapi bila balik kali ini saya terus terdetik hati nak tutup aurat. Saya pun tak tahu dari mana rasa itu datang,” jelasnya.

Reen percaya perubahan tersebut juga hasil doa berterusan daripada ibu bapa, suami, keluarga mentua serta orang sekeliling yang tidak putus mendoakan kebaikan buat dirinya.

Mengulas lanjut, aktres drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini menjelaskan keinginannya untuk bertudung sebenarnya sudah lama berputik, sejak dua tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya dah mula rasa benda ini sejak dua tahun lalu. Tahun lepas saya dah beli tudung, saya juga dah mula tak cukur kening. Perubahan itu memang ada, cuma berlaku perlahan-lahan,” katanya.

Menurutnya, fasa perkahwinan dan penglibatan dalam dunia perniagaan turut menjadi titik perubahan yang memberi ketenangan dalam hidupnya.

“Turning point adalah kahwin dan bisnes, memang rasa tenang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Reen mengakui dia masih mengharapkan rezeki zuriat, namun memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

“Hadiah daripada Allah saya tak bersungguh minta sebab kadang-kadang kita tak tahu apa yang terbaik. Kalau ada rezeki, saya akan cuba jadi lebih baik dan menutup aurat sebab bernazar tadi,” katanya.

“Hadiah (anak) itu saya bergantung kepada aturan-Nya. Doakan saya,” tambahnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Sep 2021

Kelonggaran Pergerakan Antara WP Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya Mulai 10 September

Lembah Klang bakal beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan ia akan berkuat kuasa bermula Jumaat, 10 September ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah […]

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Tue, 6 May 2025

Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

Anak tiri Nora Ariffin iaitu Aya menjelaskan pihaknya tiada sebarang dendam

Trending Sun, 12 May 2019

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah Ketika Rakan-Rakan Selamatkan Diri

Hiburan Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Trending Sun, 18 Feb 2018

ITALIAN TOWN SELLS HOUSES FOR RM4 TO PREVENT POPULATION PLUMMET

There are 200 houses for sale at only RM4 each!

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

“Panggil Saya Lola” – Wan Sharmila

Lala ke Lola ke, dua-dua pun comel!

Hiburan Thu, 23 May 2019

‘ Ya, Dia Teman Istimewa Saya’- Syafiq Kyle Mengaku Bercinta Dengan Mimi Lana

Saya belum berani untuk memberitahu hubungan kami serius untuk ke fasa seterusnya selagi belum membawa Mimi bertemu keluarga.

error: Content is protected !!