Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 13, 2026 @ 1:18pm

Lagu Pernah Gagal Tembus Ke Separuh Akhir AJL, Wani Kayrie Faham Rasa Kecewa Rakan Industri

Penyanyi, Wani Kayrie tidak ketinggalan menyuarakan sokongan buat rakan-rakan industri yang terkandas daripada mara ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) yang bakal berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Menurut Wani atau nama lengkapnya,  Syazwani Abdullah, 26, perasaan kecewa itu bukan sesuatu yang asing kerana dia sendiri pernah melalui situasi sama suatu ketika dahulu.

“Saya faham sangat perasaan itu sebab pernah berada di tempat mereka. Waktu itu, saya tengok orang lain pula yang berjaya.

“Memang akan rasa sedih bila lagu sendiri tak lepas, tapi orang lain yang dapat peluang. Itu lumrah.

“Namun, semuanya berbalik kepada rezeki masing-masing menerusi penilaian juri dan undian yang kita tidak pernah tahu,” katanya.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka ASIA di Studio 38, Petaling Jaya, pada Sabtu.

Mengulas lebih lanjut, Wani berkata setiap karya yang dihasilkan datang bersama pengorbanan besar, justeru rasa kecewa itu cukup berasas.

“Kita dah curahkan tenaga, masa, siap keluarkan modal yang besar untuk hasilkan lagu dan promosi. Jadi bila tengok kawan-kawan kecewa, saya cuba bagi kata semangat supaya mereka terus kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wani mengakui dia memilih untuk lebih berhati-hati dalam meletakkan harapan terhadap peluang lagunya berjuduk Cak Cak Cekuk untuk ke pentas akhir AJL40.

“Bukan tak yakin, cuma saya tak nak letak harapan terlalu tinggi. Kalau tak jadi nanti, kecewanya akan lebih terasa.

“Bukan saya saja, tapi orang yang sokong lagu ini pun akan rasa sama. Jadi saya lebih selesa bersederhana, tapi tetap berharap yang terbaik,” jelasnya.

Terdahulu, Wani turut mencuri perhatian apabila meninggalkan kata-kata semangat di Threads buat rakan-rakan seperjuangannya yang tidak berjaya ke peringkat separuh akhir AJL40.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Feb 2019

‘Saya Terkejut Dia Dah Jumpa Pengganti’- Nabil Mahir Buka Mulut Soal Hubungannya Dengan Sarah Hilbrand

Susah nak cakap. Boleh tanya Sarah sendiri mengenainya. Mungkin tiada lagi persamaan antara kami dan hal ini begitu ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Featured Thu, 7 Apr 2022

#SeoulSaranghae: Still Life BIGBANG Kekal Trending #1 Di Youtube

Setelah empat tahun, Still Life memang cukup rasa

Hiburan Mon, 13 May 2024
Featured Fri, 3 Dec 2021

“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti. Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu. Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu […]

Hiburan Sun, 20 May 2018

Kali Pertama Berjauhan Keluarga, Nabila Razali ‘Homesick’

‘Homesick’. Itulah yang tepat untuk menggambarkan keadaan Nabila Razali yang kini berada di Turki bagi menjalani penggambaran drama terbaru Cintaku Di Bumi Izmir.

Trending Fri, 31 Aug 2018

Tangan Lelaki Ini Melepuh Selepas 12 Jam Makan Sushi, Akhirnya Terpaksa Dipotong

Lelaki ini telah dijangkiti vibriosis yang berpunca daripada bakteria vibrio vulnificus.

Featured Mon, 29 May 2023
Featured Tue, 19 Aug 2025
error: Content is protected !!