Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 26, 2019 @ 4:00pm

‘Saya Terkejut Dia Dah Jumpa Pengganti’- Nabil Mahir Buka Mulut Soal Hubungannya Dengan Sarah Hilbrand

“ Ya, benar kami dah putus,” kata pengacara Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak dua minggu lalu.

Pasangan yang bercinta sejak lima tahun lalu itu dikhabarkan putus namun keduanya mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Kata Nabil, apa yang mengejutkannya adalah apabila mendapat tahun bekas teman wanitanya itu telah menemui pengganti.

“  Saya terkejut bila tengok di Instagram miliknya dia sudah bersama dengan orang lain biarpun kami baru sahaja putus,” katanya ringkas ketika ditemui di majlis pelancaran produk kosmetik Anas di Flora Terrace pada Isnin.

Sementara itu, Nabil enggan mengulas panjang punca perpisahan mereka sebelum ini.

“ Susah nak cakap. Boleh tanya Sarah sendiri mengenainya. Mungkin tiada lagi persamaan antara kami dan hal ini begitu ketara sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kami sudah semakin menjauh,” katanya tidak menafikan berasa pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu seakan berubah.

Nabil Mahir memaklumkan sepatutnya hubungan cinta mereka memasuki ulang tahun kelima pada April depan namun dia akur dengan ketetapan Allah SWT.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Thu, 16 Dec 2021
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

小鲜肉Lee被粉丝突袭抱抱 Mook钟爱大马食物

配合《我亲爱的失败者》三部曲即将在全马首播,其中系列《怪物浪漫》男女主角Lee和Mook来马宣传!见面会上,小鲜肉Lee被粉丝突袭环腰抱抱吓得傻笑,而女神Mook则钟爱大马食物。

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Turun Padang Bantu 200 Abang Rider

Pelakon, pengacara dan usahawan, Zoey Rahman turun padang membantu kira-kira 200 orang penghantar makanan. Menjalankan program kemasyarakatan anjuran jenama kosmetik miliknya, Mikaseries, Zoey memberikan fokus untuk membantu mereka yang mencari rezeki dengan menjadi ‘rider’ makanan. […]

Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

error: Content is protected !!