Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2026 @ 12:19pm

“Saya Memang Ibu Tegas” – Intan Najuwa Akui Garang Demi Didik Lunara, Elak Terlalu Manja

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui dirinya seorang ibu yang tegas dan tidak teragak-agak untuk memarahi anak sulungnya, Lunara, demi membentuk disiplin sejak kecil.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata, sikap tegas itu sudah diterapkan sejak anaknya masih bayi.

“Mestilah pernah marah anak, hari-hari. Saya sangat tegas dan garang. Bila saya cakap tidak, memang tidak.

“Sekarang pun saya dah ajar dia, bukan semua yang dia nak, dia boleh dapat. Dari peringkat bayi lagi,” katanya.

Menurut Intan, dia juga tidak akan berdiam diri sekiranya Lunara menunjukkan sikap melawan, termasuk terhadap pengasuh.

“Kalau dia lawan babysitter, saya akan terus masuk campur dan betulkan keadaan,” katanya.

Intan berkongsi perkara itu ketika membalas pertanyaan pengikut menerusi sesi Ask Me A Question di IG yang bertanyakan sama ada dia pernah memarahi anaknya.

Dalam masa sama, Intan menegaskan memarahi anak bukan bermakna seseorang ibu itu gagal, sebaliknya ia sebahagian daripada proses mendidik.

“Sejujurnya, kalau kita marah anak, itu tak bermaksud kita ibu yang teruk. Itu memang sebahagian daripada menjadi ibu. Kita ajar, bimbing dan betulkan mereka dengan cara masing-masing,” katanya.

Tambahnya, dia juga berusaha melatih Lunara untuk berdikari sejak awal sebagai persediaan menghadapi masa depan.

“Saya cuba ajar Lunara berdikari dari sekarang. Sebab satu hari nanti, kalau saya dan ayah dia tiada, saya nak dia tahu jaga diri sendiri, jadi kuat dan tak terlalu bergantung pada orang lain.

“Ini bukan soal terlalu keras, tapi realiti kehidupan dan saya nak dia bersedia,” katanya.

Intan turut menasihatkan ibu bapa lain agar tidak berasa bersalah jika perlu memarahi anak, selagi ia dilakukan dengan tujuan mendidik.

“Kalau tidak, anak jadi terlalu manja pun tak boleh. Semuanya tentang keseimbangan antara kasih sayang dan disiplin, kedua-duanya sama penting,” katanya.

Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Imane Lunara dan kini sedang menanti kehadiran anak kedua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 15 Aug 2025
Trending Thu, 17 Dec 2020
Hiburan Tue, 18 Jul 2023
Trending Mon, 20 Jun 2022

Lee Chong Wei & Taufik Hidayat Bakal Berentap Di ‘Live’ TikTok?

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) secara rasminya telah menjadi sebahagian dari keluarga TikTok selepas dilihat membuka akaun di platform media sosial terkenal itu baru-baru ini. @leechongweiofficial Hi everybody, I am Lee Chong Wei, […]

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Saya Nak Buang Janna Nick Yang Dahulu…” – Menangis Terima Trofi Bintang Paling Popular, Janna Nick Akui 2021 Tahun Suram

Selebriti berbakat, Janna Nick mengalirkan air mata kegembiraan ketika menerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Terharu menerima 86,374,777 undian, Janna juga membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara […]

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

Trending Wed, 5 Feb 2020
error: Content is protected !!