Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 15, 2026 @ 2:58pm

“Komitmen Saya Tak Sampai Sebulan” – Johan As’ari Dedah Dibayar RM70,000 Berlakon Filem Mat Kilau

Pelakon Johan As’ari mendedahkan dia menerima bayaran mencecah lebih RM70,000 hasil penglibatannya dalam penggambaran filem popular, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Katanya menerusi perkongsian audio siar yang tular di TikTok, meskipun hanya terlibat sekitar 14 hari penggambaran, namun dalam tempoh keseluruhan produksi yang berlangsung selama kira-kira 100 hari itu dia telahpun dibayar lebih daripada RM70,000.

“Saya dibayar sekurang-kurangnya 14 hari bekerja, iaitu kurang dari 14 hari bekerja dalam 100 hari bekerja ikut konsep penggambaran.

“Komitmen saya tak sampai sebulan. Alhamdulillah dibayar dekat lebih RM70,000,” katanya.

 

Tambahnya, sepanjang tempoh penggambaran, segala keperluan termasuklah makan, minum dan penginapan turut disediakan sepenuhnya oleh pihak produksi.

“Makan, minum semua free. Tidur hotel, makan special… Terima kasih Kembara Studio, alhamdulillah,” katanya lagi.

Sekdar info, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof itu merupakan antara filem paling laris dalam sejarah Malaysia.

Selain Johan, antara barisan pelakon hebat yang terlibat adalah, Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 17 Mar 2020

Ikan singgang juadah ringkas, tetapi banyak khasiat

Jangan pandang sebelah mata menu ini

Hiburan Mon, 15 Jul 2019
Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Sat, 20 May 2023
Events Fri, 6 Jul 2018

Korea Music Festival 2018 Full Artist Lineup Revealed

Get your tickets now before they are sold out.

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!