Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2026 @ 11:24am

Syed Saddiq Didakwa DM Wanita Lain, Pengurus Peribadi Tampil Respons – “Nak Pisahkan Orang Dengan Cara Ni, Fikir Dalam-Dalam Bos”

Susulan beberapa tangkap layar tular di media sosial membabitkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang didakwa kononnya saling berbalas mesej bersama wanita lain ketika sedang hangat bercinta bersama penyanyi, Bella Astillah, pengurus peribadinya akhirnya tampil memberikan respons.

Perkara itu timbul selepas seorang individu mendakwa, dia memiliki beberapa bukti berupa tangkap layar mesej antara Syed Saddiq dan wanita berkenaan.

Malah, individu yang dikenali sebagai @daddyrealfacts itu sanggup mendedahkan beberapa lagi bukti jika dia menerima seratus ulang siar hantaran berkenaan.

Enggan isu tular berkenaan semakin hangat diperkatakan, Amir Fiqri atau lebih dikenali sebagai Jack akhirnya tampil memberikan kenyataan.

Tegasnya, dia meminta individu berkenaan segera menghentikan naratif  berkenaan sekali gus  menegur tindakan individu itu agar tidak menggunakan akaun palsu untuk menyebarkan kontroversi.

Menerusi hantaran berlainan pula, Jack memaklumkan, tindakan ‘mengugut’ untuk mendedahkan lebih banyak bukti bukanlah sesuatu yang wajar, malah dilihat sebagai cubaan mencetuskan provokasi.

“Kalau sini ada butang repost seribu kali dan like, nescaya aku orang pertama yang buat.

“Tak payah ajak orang lain nak spill konon-konon tu. Nak scriptwriter pun boleh bagi sekali. Cuma, nak pisahkan orang dengan cara ni? Fikir dalam-dalam bos,” tegurnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Trending Thu, 7 Jan 2021

Barisan Hadapan Tertekan, Pakar Kesihatan Rayu Agong Henti PRU15

Kesihatan rakyat adalah yang paling utama

Contest Tue, 21 May 2019

xtra好康头 | 送你《郑伊健演唱会-云顶站》入门票

xtra好康头 送你《郑伊健演唱会》入门票,让你和这位香港超级巨星一起唱响云顶!

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

EVERYTHING YOU NEED TO KNOW ABOUT ASIA’S GOT TALENT WINNER ‘THE SACRED RIANA’

The Sacred Riana was crowned Season 2 winner of Asia’s Got Talent earlier this month! Check out these fun facts about her.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Trending Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Fri, 1 Feb 2019

新人「他·表哥」典礼快闪全程不露脸!首次公开与林可欣演出

史上最大牌新人 「他·表哥」典礼快闪全程不露脸,首次公开神秘演出与林可欣反转抖音神曲嗨爆全场。

Featured Fri, 24 Mar 2023
error: Content is protected !!